Datuk Aaron Aziz dilihat sekali lagi terkejut dengan hasil kreativiti salah seorang anaknya, Dahlia Arissa, 10 yang berkemahiran dalam melakukan solekan efek yang telah dipelajarinya sejak tahun lalu.

Malah, hasil kerja seni anaknya itu turut dikongsikan menerusi salah satu entri pelakon Ombak Rindu itu di Instagram, beberapa hari lalu.

Dari gambar yang dikongsi, ia secara jelas menunjukkan jari telunjuk kanak-kanak itu seperti terkoyak dan berlumuran darah.

Ads

“Haihhh….anak…anak…. selalu buat kejutan beruk. Dan byk kali la Daddy cakap Daddy takut benda benda berlaku.

”Apa apa pun @dahliaarissaaaron memang talented!!! Good job Ahlia!,” puji Aaron sambil disusuli dengan beberapa tanda palang. 
 
Solekan itu baharu sahaja dipelajari Dahlia dan dilakukannya sendiri.

Lalu, entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya bila ramai memuji dan tak kurang yang masih lagi terkejut meski Aaron pernah berkongsikan hal sama sebelum ini.
 
“Selalu Buat Kejutan Beruk…,” – Aaron Aziz Terkejut Melihat Jari Anak “Selalu Buat Kejutan Beruk…,” – Aaron Aziz Terkejut Melihat Jari AnakAaron sebelum ini ada menyatakan rasa bangganya atas kemahiran puterinya itu.

Ads

Ads

Terdahulu, Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata lain iaitu Danish Anaqi dan Dwi Ariana selain Dahlia.

Foto: Instagram Datuk Aron Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI