Meskipun sudah tiba di Tanah Suci Mekah, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya dengan sikap seorang peniaga tudung yang dikatakan masih belum membayar hutangnya yang berjumlah jutaan ringgit.
Menurut Aliff, dia kini terpaksa menggunakan khidmat peguam selepas usaha untuk berbincang menemui jalan buntu.
“Cuba teka siapa dia. Siapa akak ni? Saya kasi hint ya? Sebenarnya saya dah cuba hubungi dia dah WhatsApp dah cakap baik-baik dah. Sampai sekarang ni saya terpaksa buat tindakan peguam.
“Okay saya kasi hint dia jual tudung sarung, selalu keluar tv, acah-acah alim dan kaya. Office dekat Negeri Sembilan. Tudung harga beratus sampai beribu.
“Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video saya rekod ya. Apa dia buat, acah-acah teraniaya, malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya yang bersalah. Video bukti dan agreement semua ada yaa,” tulisnya.
Ads
Rasa kecewa itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tambah Aliff lagu, dia juga bengang dengan sikap pemilik jenama tudung berkenaan yang mampu berbelanja mewah dikala hutangnya masih lagi belum dilunaskan.
“Sabar yee kak. Boleh je nak posting muka akak yang berhutang dengan saya ni. Janji nak bayar setahun. Ni dah masuk empat tahun tak bayar. Kereta baru mewah sempat beli.
Ads
“Pergi umrah pakej mewah dan beg prada tapi hutang sedih. Time nak pinjam bukan main manis minta,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Aliff supaya bersabar dan fokus terhadap ibadah hajinya.
“Dah sampai Tanah Suci kan. Tumpu dan fokus pada urusan di sana. Berdoa agar sepemiutang lembut hati dan nak bayar hutang tu. Ini kira ujian buat Datuk.
“Dekat tempat suci tu, doakan sahaja yang hutang-hutang ni lembut hati nak bayar hutang kita. Tenang Datuk.
Ads
“Semoga dipermudahkan. Buatlah baik 1000 tahun sekalipun, hutang tetap dibawa mati.
“Kebanyakkan orang berhutang macam tu la perangainya. Sayang nak keluarkan duitnya masa nak membayar. Masa minta tolong, janji manis beribu bintang. Apapun, fokus la dahulu pada ibadah tu Datuk,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Aliff kini sedang menunaikan ibadah haji bersama ibunya, kedua ibu bapa mentua dan anak lelakinya, Amar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiada angin, tiada ribut, pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan ada memuat naik video terbaru menerusi laman Instagram miliknya.
Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy anggun mengenakan gaun berwarna putih sambil memakai vail di bahagian kepalanya.
Entri berkenaan jelas mengundang persoalan sama ada penyanyi lagu Semua Sudah itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Bagaimanapun tidak kurang yang membuat andaian bintang cantik ini bakal mengeluarkan single baru yang akan diumumkan hari ini.
Jelas Lizzy pada ruangan kapsyen, dia sebenarnya sudah lama menyimpan rahsia tersebut dan menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi bersama peminat.
“Dah lama simpan rahsia ni. Besok (hari ini) Lizzy akan announce okay,” tulisnya ringkas.
Menerusi video tersebut, kelihat juga sosok tubuh seorang lelaki yang menjadi tanda tanya ramai
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut tidak sabar menantikan apakah pengumuman yang bakal dibuat Lizzy.
Malah tidak kurang yang turut meninggalkan respon seolah-olah ‘kecewa’ dengan entri yang sudah mendapat lebih 300,000 tontonan itu.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memang imbas nostalgia apabila pelakon Abby Abadi yang membuat kemunculan kembali menerusi watak ikoniknya, Inspektor Aleza di Gerak Khas 2019 memuat naik salah satu babak di dalam drama bersiri berkenaan.
Malah mungkin kerana ‘segan’ atau sudah lama tidak beraksi di hadapan lensa, Abby memberitahu ketika melakonkan babak bertentangan mata dengan Norman Hakim, dia sebenarnya menjalani penggambaran secara sendirian.
“Takleh blah.. rajin editor troll ek. kalau nak tahu.. masa shoot scene ni, @normanhakim_786 dgn Dato Yusof Haslam takde pun depan mata Sy. Blank shot. Crew yg tlg stand in. Bila dah edit jadi gini ek scene ni? Kikiki.. Episod 1, #GerakKhas2019. Jumaat ini inshaALLAH. Pelakon pembantu je kita ?. Lama tak shooting. Nasib dialog tak membobok…hihi..Tungguuu,” tulisnya.
Pada masa sama, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada rakan pelakon lain yang sudi kembali berlakon bersama-samanya.
Terima Kasih adik2 kakak, @_salinasaibi_@sheeraiskandar terima kakak seadanya. Untuk Kak @errafazira juga tq sudi berlakon dgn kita. Tak lupa pada @hishamfaridamirul , Z. Zaidi, Kumar, make up artis kesayangan, Abg Soleh, wardrobe ita, crew2 semualah.
“Bersedia berkhidmat utk Negara sampai akhir hayat kita ye hehe.(Pelakon yg tak sebut, makna tak jumpapun lagi. Dah jumpa nnti kita sebut ye),” tulisnya lagi.
Sedutan video episod pertama yang direpost kembali Abby dari akaun @gerakkhas
_official itu sehingga kini telah pun mencecah hampir 100,000 tontonan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon terkenal Hollywood kelahiran Malaysia, Ronny Chieng, kini sah bergelar warganegara Amerika Syarikat sekaligus melepaskan kerakyatan Malaysia.Perkongsian tentang perkara itu mencuri perhatian...