Pelakon Mira Filzah mendedahkan suaminya, Wan Emir Astar seorang yang suka makan dan kerana itulah sejak kebelakangan ini, dia rajin masuk dapur.

Malah jelasnya lagi, panduan masakan boleh dirujuk menerusi internet selain menghubungi ibu untuk menghidangkan menu ringkas.

Perkara itu dikongsikan pelakon Sweet Dreams ini menerusi aplikasi ‘Ask Me Question’. Mira ada memberikan reaksi terhadap beberapa soalan yang ditanya peminatnya di Instagram.

“Selalu masak because Emir loves to eat! Tak lah power sangat but masak is easy. Google/YouTube insyaAllah jadi.

“Or just video call your mom and ask for simple recipes.

Ads

“Sukatan usually i always campak ikut sedap hati sebab garam/gula/masam/masin you can just always adjust later,” balas Mira selepas ditanya sama ada dia kini ‘rajin’ masak selepas mendirikan rumah tangga.

 

Ads

“Selalu Masak Sebab Emir Suka Makan!,” – Mira Filzah

Sementara itu, Mira turut mengakui, fasa Movement Control Order (MCO) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan sebelum ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 turut membantu bintang ini untuk isi masa di dapur.

Ads

“Selalu Masak Sebab Emir Suka Makan!,” – Mira Filzah

“Before this jarang masak. Busy, and duduk rumah sendiri tak worth masak untuk satu orang. Adalah masak sekali-sekala.

“But during MCO i cooked a lot! i guess, MCO really helps me to improve my cooking skills,” jawab Mira terhadap satu pertanyaan.

Mira dan suaminya yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI