Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ada memuat naik beberapa tangkap layar berkenaan pengalaman pengguna Instagram selepas memuat naik sepotong video bersama suaminya, Nabil Mahir.
Menerusi rakaman pendek yang dikongsikan menerusi Insta Story itu, Nabil dilihat beberapa kali mengucup manja pipi isteri tersayang.
Ayda turut bertanya sama ada suami peminatnya turut disifatkan sebagai ‘clingy’.
Lalu, Ayda memuat naik perkongsian dari salah seorang pengguna yang turut mengalami situasi hampir sama meski sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga.
“Cutelah! Kita redho berjemaah lah sis. Selalu orang comment cakap ‘baru kahwin boleh la, tunggu 1 ke 2 tahun’ oi! Ni dah 12 tahun tau still perangai sama.
“So ya, lain orang lain perangai, lain nasib. Doa yang baik je untuk semua kan senang,” tulisnya sambil membuat tanda hasthag #teamshubenclingy.
Malah menerusi paparan lainnya pula, Ayda ada berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang pengguna Instagram.
“Kan baik doa ‘bagus suami manja2, harap sampai ke tua dan bila-bila amin,” antara kata yang dibalas Ayda di dalam teks terbabit.
Terdahulu, kemesraan yang ditonjolkan pasangan selebriti ini menjadi perhatian ramai sejak sah diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu.
Aksi romantis mereka nyata mengundang reaksi pelbagai netizen dan ada yang mengusik mereka apabila Nabil sebelum ini secara berseloroh ada menyatakan hasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata.
Bagaimanapun, Nabil menjelaskan angka tersebut sebenarnya hanyalah nombor kegemaran dan tidak kisah mengenai soal rezeki zuriat selepas mendirikan rumah tangga bersama Ayda.
Foto: Instagram Ayda Jebat, Nabil Mahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dihujani Bertubi-Tubi Pertanyaan, Bila Nak Comeback?,” – Nah! Saiful Apek ‘Hamparkan’ Senarai Filem Lakon Sejak 2009, Termasuk Senarai Filem Baru.
Pelawak dan pelakon, Saiful Apek muat naik dua entri di Insragram berkisarkan hasil kerjanya dalam industri selama 10 tahun, dari tahun 2008 hingga 2018.
Kisahnya, ramai yang bertanyakan ke mana dia menghilang seakan sudah lama tidak muncul dalam industri.
Lalu, ia membawa Apek untuk berkongsi semua filem-filem penglibatannya bagi menjawab soal ‘kehilangannya’ selama ini.
“Soalan dari peminat: ‘kemana lama menghilang?’ & jawapan dari saya ‘saya ke yg menghilang?’.
“Antara filem-filem sy, yg telah ditayang di pawagam sepanjang 2009-2018, dari awal penglibatan sy dlm industri filem, masih tak putus rezeki.
“Alhamdulillah cuma, sy selalu doakan supaya anda semua diberikan rezeki juga, utk terus ambil tahu (dari sumber GOOGLE & WIKIPEDIA) & terus menyokong.
“TERIMA KASIH atas sgala sokongan slama ni. terharu, rendah diri & seikhlas hargai sgt2. Syukran,” tulisnya di kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on
View this post on InstagramA post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan agar Apek sentiasa dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam industri.
Pada masa sama, bekas ahli Senario ini juga turut memuat naik barisan filem lakonannya yang bakal ditayangkan kelak.
Sementara itu, antara filem lakonannya sebelum ini adalah seperti, Senario Lagi, Lady Boss, Main-Main Cinta, Man Laksa, Bujang Senang, Nana Tanjung, Cicakman, Sifu & Tongga dan banyak lagi.
Foto/Instagram: Saiful Apek
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“You’re One Of My Favourite Vocalist,” – Sifatkan Sebagai Satu Penghormatan, Misha Omar Ajak Akim Ahmad Duet Lagu Baru?
Selain persembahan daripada para finalist Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), antara yang turut menggamatkan suasana sudah tentu persembahan interlude daripada barisan artis jemputan seperti Akim & The Majistret, Misha Omar, Hazama, Ziana Zain, Hujan dan Dayang Norfaizah.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Akim mendedahkan ia merupakan satu penghormatan buat dirinya apabila diberi peluang untuk berduet bersama Misha Omar pada malam tersebut.
Jelas Akim, pada awalnya dia berasa agak gemuruh tetapi selepas mengetahui cara bekerja bersama Misha, segalanya menjadi lebih mudah.
“Satu dari angan-angan saya, berduet dengan penyanyi yang saya kagumi juga meminati lagu dan nyanyian dia. The one and only @mishaomar.
“Nervous nak duet dengan Kak Mitch sebenarnya, tapi sebab Kak Mitch seorang yang sangatlah supportive dan cool, buat saya rasa lose dan lega dari nervous. Thank you @tv3malaysia #teamAJL35 for this golden opportunity.
Malah, suami kepada penyanyi, Stacy ini turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana telah merialisasikan hajatnya itu.
Melihat perkongsian tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh penyanyi lagu Sampai Bila itu;
“A dream came true, dik. In fact we shared this last year masa Suara Viral kan? You are one of my fav vocalist yang akak nak berduet dalam bucket list tau.
“So, kalau sebelum ni kita doa nak nyanyi sama-sama. Why not kalini kita tukar doa sikit. Kita doakan biar kita boleh nyanyi sama-sama lagi dalam satu lagu baru? Hahaha…hello abg mimie….hello Lan,” balasnya.
Malah, Misha turut dilihat ada mencadangkan supaya mereka dapat digandingkan menerusi sebuah lagu duet baru.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat berasa amat teruja selain turut berharap agar cadangan tersebut dapat menjadi kenyataan.
Sumber: Instagram Akim Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Putra Amaris Diuji Bila Staf Berhenti Dan Kiosk Jualan Dipecah Masuk! -“Pada Saya, Allah Nak Beri Yang Lebih Baik Selepas Ini.”
Media sebelum ini ada melaporkan mengenai pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart yang diusahakan pelakon Putra Amaris telah dipecah masuk yang seterusnya menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain ada pekerja yang berhenti.
Menurut Amaris, 36, ia menjadi antara ujiannya di dalam melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 hingga 20 April ini, seiring dengan sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pemilik nama sebenar, Amran Ismail berkata, dia menganggap setiap cabaran yang dilalui adalah ujian yang akan digantikan dengan sebuah kemanisan oleh Allah SWT.
“Nak buat perkara baik memang akan ada saja ujian. Macam saya buat Infaq Ramadan ini, pekerja berhenti dua hari sebelum program berlangsung.
“Itu belum lagi pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart dipecah masuk. Malah, kami punya operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.
“Ujian yang datang ini pada saya Allah nak beri lebih baik selepas ini. Saya juga anggap setiap ujian adalah satu kemanisan. Jadi, kalau nak cakap mengenai ujian ada banyak. Saya yakin ini semua ujian Allah.
“Disebabkan itu, dalam melaksanakan program ini, saya yakin Allah bantu. InsyaAllah, perkara baik Allah mudahkan urusan,” katanya.
Memberi sasaran untuk memberikan bantuan kepada kira-kira 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari program dijalankan, Amaris bagaimanapun tetap optimis di dalam menerusi misi murni ini.
“Selain itu, kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah. Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.
“Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian. Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi.
“Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan. Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima,” katanya.
Sementara itu bagi Naib Presiden, Operasi, Penjualan & Latihan Penyet Penyet.com Nurul Fakri Arshaf berkata, pihaknya berlapang dada dan terbuka bekerjasama dalam program Infaq Ramadan Putra Amaris kerana ingin berkongsi rezeki.
“Kami sudah buat infaq ini sejak beberapa bulan lalu. Alasannya sebab nak berkongsi rezeki dengan semua orang. Sebelum ini kami memberi fokus kepada badan kebajikan, jadi bulan Ramadan ini nak menyasarkan untuk mencapai 1500 pek makanan sehari untuk diedarkan selama 26 hari termasuk dalam program ini.
“Jadi, kita mengharapkan pengedaran yang dibuat dalam program ini mampu bekongsi rezeki. Kita harapkan bahawa, sumbangan yang dapat daripada orang ramai, syarikat swasta dan orang perseorangan akan disalurkan dengan cara edarkan makanan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas bersama Chef Tako, Muhammad Misyael Abd Rama pula berkata, pembabitan mereka pada program itu adalah saham akhirat bersama hampir 700 usahawan mereka.
“Terima kasih kepada Putra Amaris kerana jemput kami dalam program Infaq Ramadan ini. Pembabitan kami lebih kepada nak bantu memperbanyakkan lagi sumbangan. Kami adalah syarikat usahawan dan membimbing usahawan lain, jadi kami ingin menjadi penyalur kepada mereka.
“Hasil jualan mereka kami akan ambil sedikit untuk disumbangkan dalam program ini. Pendek kata ia menjadi saham akhirat untuk dikongsi. Hampir 700 usahawan kami terbabit dalam program ini di semua lakasi. Bukan saja makanan, tapi juga wang ringgit dan barang keperluan,” katanya.
Bagi yang ingin membuat infaq sepanjang Ramadan ini boleh salurkan sumbangan anda ke akaun SAMA SAMA KENYANG (562405646664 – Maybank).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI