Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya yang telah meninggal dunia pada 5 tahun lalu.
Ebit berkongsi momen ketika menziarahi pusara arwah ibunya ketika pulang ke kampung halaman dan turut mengimbau kenangan manis bersama.
“Lalu kampung singgah ziarah kubur mak. 5 tahun kita berpisah. 29 Nov 2015. Rindunya. Ya Allah. Menangis rindu. Macam mana keadaan mak disana. Ya ALLAH Ya Maha Baik. Inilah mak cinta hati.
“Selalu usap dan cium kepala saya. Dan selalu cakap, kasihan ebit. Sabar yer nak. Jangan sedih yer anakku. Allah kan ada. Jagakanlah mak. Hadiahkan mak syurga FirdausMu.
“Yer mak, ebit akan teruskan usaha ini sampai kita dikumpulkan kembali dapat bersama disana.
“Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja yang aku lakukan, aku hadiahkan buat mak yang tercinta. Sihatkan ayahku.
“Dunia ini sementara akhirat selamanya. Mereka pergi dulu, nanti kita akan berkumpul bersama mereka orang yang kita sayangi. Akhirat kehidupan yang sebenarnya,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Ebit Lew