“Selalu Yang Jenis Sentimental, Ingat Semua Date Yang Ada, Tapi Semalam Saya Tewas,” – Awal Ashaari Terlupa Date Anniversary Ke-9!

Share

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari ada berkongsi cerita bersama peminat bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-9, hari ini.

Mengakui sentiaa peka dengan tarikh penting dalam hidupnya, suami kepada pelakon Scha Alyahya ini mendedahkan kali ini dia terlupa tarikh ulang tahun perkahwinannya.

“KANTOI BIG TIME. Bila dalam video kahwin ada mention date siap tarikh kalender Islam lagi.. macam mana kita nak pusing lagi kan? Terimalah je yang kita LUPA.

“Awal selalu yang jenis sentimental, ingat semua date yang ada.. but semalam saya tewas. Kak Yan menang 1-0,” tulisnya.

Pada masa sama, pengacara Melodi ini ada menitipkan ucapan istimewa serta mendoakan mahligai cinta yang dibina bersama isterinya kekal hinggal ke akhir hayat,

“To the love of my life, my pillar of strength, the best thing that ever happened to me is being with you, knowing you, loving you and be loved back by you.

“You changed my life completely started when the first time I met you, I fell in love with you and fast forward we are blessed with not just one, but TWO mini version of YOU.

“Terima kasih diatas kebahagiaan ini dan semoga Allah sentiasa kuatkan Iman kita, dan sentiasa tanamkan perasaan cinta dan kasih diantara kita, dan of course, kurniakan kita anak sorang lagi.. AMIN.

“Happy 9th Year Anniversary to the center of my world, and the whole of my heart, my everything.I love you @schaalyahya,” tulisnya pada foto momen bergelar raja sehari.

Sekadar informasi, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan kini bahagia harmoni bersama dua cahaya mata perempuan, Lara Alana, 7 tahun, Lyla Amina, 2 bulan.

Foto: Instagram Awal Ashaari

Published by
Nazar Rafiqhi