Pelakon Nazim Othman kini sedang cuba untuk berhenti merokok dan perkara itu turut dikongsikan pelakon Cindai ini menerusi entri terkini di Instagram.
Jelas Nazim jujur, dia lazimnya akan menghabiskan sekotak rokok tidak sampai dua hari.
Katanya juga, dia sedang cuba untuk berubah demi masa depan yang lebih baik.
“Kempen Bebas Rokok. Selalunya, sekotak rokok dalam tangan saya tak sampai dua hari dah habis, tapi Alhamdulillah ini hari kedua saya melawan kebiasaan merokok yang tak berfaedah tu.
“What past is already behind me. There’s nothing I can do to rewrite how I’ve lived my life earlier. Saya cuma ada waktu sekarang untuk berubah demi masa depan yang lebih baik.
“Doakan saya istiqamah ya? Terima kasih. (All the best to everyone out there who’s striving to live a healthy lifestyle.
“Kalau niat kita baik, Allah mesti tolong permudahkan),” tulis Nazim panjang lebar.
Terdahulu, Nazim sebelum ini disahkan mengidap ketumbuhan di bahagian otaknya pada Mac 2015.
Selepas membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu, Nazim pernah memuat naik gambar serta video pembedahan di kepalanya di Instagram.
Foto: Instagram Nazim Othman