Pelakon Scha Elinnea menzahirkan rasa syukur kerana atas berkat doa keluarga dan usahanya, dia kini berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A180 AMG yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 pada usia 21 tahun.
Menurut pemilik nama lengkap Natasha Mohamed Mubeen kereta tersebut merupakan kereta idamannya dan mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu hasil berlakon.
“Saya tidak pernah membayangkan dapat membeli kereta idaman seawal usia ini. Alhamdulillah, saya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup. Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan dan doa berterusan daripada ahli keluarga saya.
“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.
“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat,” katanya.
View this post on Instagram
Selepas berjaya merealisasikan cita-cita memiliki kereta impian, Scha yang kini sibuk di lokasi drama Selamat Datang Cinta kini berhasrat untuk membeli rumah pula selepas ini.
“Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula.
“Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri,” katanya yang bakal menyambut 1 Syawal di Cyberjaya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI