Pelakon jelita, Mimi Lana akui tersentuh dengan respon baik yang diterima daripada semua pihak selepas mengumumkan mengenai majlis pertunangannya bersama aktor terkenal, Syafiq Kyle semalam.
Jelas Mimi, dia sebenarnya memang sudah memasang impian untuk berkahwin secara bersederhana.
“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas segala doa doa yang baik dari kalian. I am so humbled by your kind words. 90% adalah perancangan Allah, hanya 10% yang datang dari saya.
“Segala yang terlihat berlangsung beyond my expectations. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua disekeliling merestui dengan mudah,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pusaka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Malah, dia juga berharap agar segala urusan dia dan pasangan menuju hari bahagia akan sentiasa dipermudahkan.
“Selama 27 tahun saya, ini pertama kali saya rasa sangat sangat disayangi oleh semua orang sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya. Alhamdulillah.
Ads
“Thank you to Allah swt, thank you to all my family dan family pasangan saya yang tak terhingga. I have no words to describe this feeling right now. Allah swt permudahkan segala-galanya untuk saya.
“Dan saya Akan terus berdoa urusan saya dan orang orang yang menyayangi saya dipermudahkan di masa akan datang. Insyaallah. Amin YRA,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Mimi dan Syafiq.
Ads
Semalam, Mimi juga ada memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin dengan kapsyen ‘One step closer’.
Istimewa penghias muka depan MH bulan ini pihak digitorial menampilkan seorang pelakon kacak dan tampan, Idris Khan.
Tidak dinafikan selain penampilannya yang menarik seiring bakat lakonan, Idris sering mendapat perhatian daripada peminat yang sekali gus membuka skala glamor yang lebih besar buatnya ketika ini.
Lalu, setiap inci mahu diketahui peminat, termasuk kisah peribadi. Secara eksklusif Idris Khan akhirnya berkongsi cerita…
Menjadi impian setiap insan untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan orang dicintai dan disayangi tidak kira selebriti atau sesiapa pun.
Setelah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan percintaan dan bertunang bersama dengan seorang model bernama Sanaa Jaffer kini Idris sedang meniti hari untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Menjadi tanda tanya siapa wanita yang telah berjaya menambat hati si jejaka kacak dan tampan ini?
“Ya, memang kami sudah bertunang sebelum ini. Bagi ada yang tidak mengenali siapa Sanaa, dia asal Morocco dan berkerja sebagai guru pengajar kecergasan.
“Saya mengenali dia hampir 3 tahun,” kongsinya jujur terhadap wanita jelita yang fasih bertutur dalam bahasa Arab, Perancis, Korea, Inggeris dan Hindi itu.”
Lebih istimewa, Idris turut mengakui bakal isterinya itu turut mahir dalam membaca dan mentafsir Al-Quran.
“Kebanyakan orang boleh baca Al-Quran tapi kita kurang faham akan maksudnya, jadi ada ketikanya dia turut memberi kefahaman pada saya akan maksud ayat-ayat suci Al-Quran.
“Ya itu yang buatkan dia terlalu istimewa di mata saya,” kongsi Idris.
Detik Perkenalan Yang Tak Akan Dilupakan
Ditanya fasa perkenalan pada peringkat awalnya, Idris memberitahu semuanya berlaku secara tak sengaja.
Dari hanya bercuti ke negara ini kemudian melanjutkan pengajian di Malaysia, lalu ia membenihkan rasa cinta mereka berdua.
“Kita kenal tu secara tidak sengaja, asalnya dia datang ke Malaysia untuk bercuti.
“Dia memang jenis suka travel everywhere. So dia datang ke Malaysia untuk bercuti dan bila datang ke Malaysia dia jatuh cinta dengan Malaysia.
“Jadi selepas tu dia merancang untuk belajar di Malaysia. Kebetulan, rakannya adalah kawan saya juga,” ujar Idris yang turut membawa Sanaa ronda-ronda sekitar lokasi menarik di negara ini.
Terima Seadanya Meski Dihimpit Kontroversi
Bila bercakap mengenai selebriti, pasti ada ketika nama turut terpalit dengan kisah sensasi. Bagaimanapun, Idris bertuah kerana mempunyai si dia yang cukup memahami.
Malah, itu bukan alasannya untuk memiliki kebahagiaan.
Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan ini, Sanaa sangat memahami dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon yang pasti akan dihimpit kontroversi.
“Sebagai selebriti bagi saya suatu yang normal andai terhimpit dengan kontroversi. Malah, situasi tersebut akan datang dan pergi.”
“Dia faham kerjaya saya. Dia juga supportive dalam apa jua yang berlaku dalam hidup saya. Bahkan dia akan relak, berbeza macam setengah pasangan yang lain yang terlalu menghalang atau kongkong.”
“Senang cerita, whatever you worked, just be professional,”tenang Idris menutur kata.
Menanti Hari Untuk Disatukan Sebagai Suami Isteri
Pelakon yang berdarah campur Pakistan-Melayu itu telah berkata segala urusan majlis itu nanti masih lagi dalam persiapan.
“Dia adalah seorang yang tak suka nak membazir, kalau macam saya kata buat kat rumah, dia kata tak perlu dan buat kat masjid je, selagi boleh jimat, kita jimat. Ini yang selalu dipesan Sanaa kepada saya,”
“Tapi kita akan buat juga majlis di kedua-dua belah pihak di Morocco dan juga Malaysia.Tapi it will be very simple, dan majlis itu nanti hanya keluarga yang terdekat,kawan-kawan dan media,”
“Dari segi persiapan, is on going lagi. Tapi bila sampai masanya nanti saya akan kongsikan.”
Dalam meniti hari untuk disatukan bersama Sanaa semakin berdebarkan. Menurut Idris, perasaan yang di alaminya itu kian terasa kerana hari perkahwinan mereka kini sudah semakin hampir.
“Bahang makin terasa…nervous!” seloroh Idris tetapi teruja.
o Penyelaras: Sara Sufia & Nurmalia
o Teks: Nazar Rafiqhi
o Foto : Tuan Azman
o Video: Sharinizam Othman & Tuan Azman
o Arahan Seni: Mustaizzah Mokhtar & Mazlan
o Solekan & Dandanan: Helmy Sharip & Faizal Azhar
o Pakaian: GUESS
o Lokasi: The Pearl Hotel, Kuala Lumpur (Instagram: @thepearlkl)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lebih 6 bulan usianya, foto permata hati pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisyah kian mendapat perhatian para peminat ibu dan bapanya.
Makin comel, telatah manja puteri sulung dua pelakon itu juga kian menerima populariti sama seperti kedua orang tuanya.
Terbaru, Fazura ada memuat naik video pendek yang merakamkan aksi Fatima yang mengenakan dres merah jambu di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Instagram.
Pelakon, Azhar Sulaiman ada berkongsi berita yang memaklumkan kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.58 malam Isnin.
Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Lalu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwah kakaknya.
“Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.
“Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.