“Selama 27 Tahun Saya, Ini Kali Pertama Rasa Sangat Disayangi Semua…,” – Selesai Dirisik Syafiq Kyle, Mimi Lana Terharu

Share

Pelakon jelita, Mimi Lana akui tersentuh dengan respon baik yang diterima daripada semua pihak selepas mengumumkan mengenai majlis pertunangannya bersama aktor terkenal, Syafiq Kyle semalam.

Jelas Mimi, dia sebenarnya memang sudah memasang impian untuk berkahwin secara bersederhana.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas segala doa doa yang baik dari kalian. I am so humbled by your kind words. 90% adalah perancangan Allah, hanya 10% yang datang dari saya.

“Segala yang terlihat berlangsung beyond my expectations. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua disekeliling merestui dengan mudah,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pusaka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Malah, dia juga berharap agar segala urusan dia dan pasangan menuju hari bahagia akan sentiasa dipermudahkan.

“Selama 27 tahun saya, ini pertama kali saya rasa sangat sangat disayangi oleh semua orang sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya. Alhamdulillah.

“Thank you to Allah swt, thank you to all my family dan family pasangan saya yang tak terhingga. I have no words to describe this feeling right now. Allah swt permudahkan segala-galanya untuk saya.

“Dan saya Akan terus berdoa urusan saya dan orang orang yang menyayangi saya dipermudahkan di masa akan datang. Insyaallah. Amin YRA,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Mimi dan Syafiq.

Semalam, Mimi juga ada memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin dengan kapsyen ‘One step closer’.

Malah, berita mengenai pertunangan tersebut turut disahkan oleh pengurusnya, Iman Tang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mimi Lana

Published by
Aizam Manaf