“Selama 7 Tahun Dengan Dia, Hari Ni Paling Aku Tak Faham,” – Ini Mood ‘Pelik’ Isteri Instafamous Hafiz Mahamad

Share

Tidak faham perubahan mood isteri, Syafiqah Aina yang kini sarat mengandung, suaminya yang juga bintang insta, Hafiz Mahamad memaklumkan apa sahaja yang dilakukan tidak kena pada pandangan isteri.

Kelakuan isterinya yang secara spontan berubah buatkan dirinya keliru. 

Misalnya menerusi perkongsian di laman Instagram, sewaktu pasangan ini ingin membuat persiapan membeli barangan bayi bakal lahir, isterinya tiba-tiba menangis seorang diri di dalam bilik. 

“Selama 7 tahun dengan dia ni, harini hari paling aku tak faham.

“Bangun pagi tadi semangat turun bawah nak makan sama, tengok tv sama. Tapi tengok dia nyenyak tidur, sebab penat so aku biar.

“Tengah aku layan movie, tiba tiba tertidur plk. So aku bangun2, tengok jam kol 1:30pm dah. Lincah lincah naik atas nak siap bawa dia pg cari barang baby, sbb semalam dia ajak.

“Aku nak masuk bilik, dia boleh kunci dah sudah ni confirm aku kena point salah pape ni. Lepas ketuk bilik banyak kali, dia bukak pintu. Tengok mcm menangis, aku pelik kenapa pulak ni,”

tulisnya.

Walaupun tiada alahan sewaktu awal kehamilan, namun detik-detik sarat ini melibatkan turun naik emosi sehinggakan kucing peliharaan mereka juga tidak boleh dekat.

“Aku siap siap, terus tunggu kat bawah. Tunggu punya tunggu, aku tgk dia tak siap pape. Tapi hrn mmg mood mummy down teruk, sape sape tkblh dekat. Kucing aku jimmy pun tk blh dekat 

“Masa mula pregnant seronok sbb tkd alahan pape! Nah tiba sekarang, segala mood sedih semua ada 

Sorry ya mummy kalau ada salah walaupun abang tktau salah apa, i love you so much.”

Faham akan perubahan sikap model jelita itu, ulas netizen, wanita mengandung punya karenah pelbagai yang sukar diduga.

Malah, netizen menyarankan agar Hafiz banyakkan bersabar dan melayani segala permintaan suri hidupnya.

Foto – Instagram Hafiz Mahamad

Published by
Noraini Abd Wahab