Bahtera perkahwinan yang dibina sejak lebih tiga dekad yang lalu kini berakhir selepas penyanyi senior, Datuk ND Lala dilaporkan telah menceraikan isterinya, Datin Fauziah Sarman.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Fauziah menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Jelas Fauziah, lafaz cerai tersebut telah dibuat oleh ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh pada tanggal 2 Ogos lalu dan dia hanya mengetahui mengenai perkara tersebut melalui aplikasi Whatsapp pada Selasa.
“Assalammualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini,” tulisnya.
Jelas ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini lagi, dia menerima segala ketentuan ini dengan hati yang terbuka dan kini mahu memberikan fokus untuk mendapatkan kehidupan dengan lebih baik.
Ads
“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, in shaa Allah.
“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.
“Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan In shaa Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fauziah turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap dirinya selama ini.
“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
Ads
“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata.
“Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” akhirinya.
Terdahulu, ND Lala didakwa kononnya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang difahamkan adalah rakan kepada anaknya iaitu penyanyi Shila Amzah semasa dibangku sekolah.
Ads
Kehadiran Fauziah ke mahkamah dipercayai bagi memfailkan perceraian sekitar awal April lalu turut menguatkan lagi spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, anak bongsunya, Syada Amzah mengesahkan kehadiran ibunya ke mahkamah namun bukan bertujuan untuk memfailkan permohonan cerai seperti yang didakwa.
Sekadar informasi, ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sebagai Juri Pedas rancangan realiti nyanyian Big Stage 2022 musim keempat yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘memancing’ perhatian.
Ini kerana, penampilan bintang yang sinonim dengan lagu Cintaku 100% itu dilihat tampil eksentrik menerusi persalinan kasual rona hitam lengkap aksesori.
Malah pin yang diolah sebagai aksesori fesyen hijabnya tampak unik dan kreatif, sekaligus menerima reaksi pelbagai peminat.
“Mmy cantikkk sngt2, vouge dan gorgeous My mlm ni,” puji seorang wargamaya.
“Wooww kreatifnya…,” tulis lagi seorang warganet.
“Mami paling vogue,” tulis seorang peminat yang lain.
“Berat tak mamy bawak atas kepala tu,” tanya seorang warmaya di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, Big Stage 2022 menyaksikan komposer terkenal Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, Mas Idayu telah diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mas Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak mengharap dengan gelaran juara, berada sebagai peserta akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) sudah cukup memuaskan hati Sham Visa.
Jelasnya kepada media, sudah ‘terlepas’ segala beban selepas 11 minggu berentap meski dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Luah penyanyi dengan nama Rohisham Hashim ini lagi, dia akan berehat selama enam bulan daripada sebarang aktiviti nyanyian demi memulihkan kecederaan peti suara.
Pada masa sama, bapa kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan terpaksa menggunakan steroid atas nasihat doktor untuk rawatan kepada sakit yang dialami.
“Lega rasanya dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak pengurusan untuk berada di peringkat akhir.
“Saya tahu saya tidak menepati kriteria, namun beri saya enam bulan dan saya akan kembali dengan lebih baik.
“Saya perlu merawat dahulu masalah Chronic Laryngitis atau kecederaan teruk pada peti suara. Buat masa ini sudah lima minggu saya bergantung kepada steroid.
“Saya akan mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu teruskan penggunaan steroid, namun keperluan utama ialah untuk memulihkan peti suara.
“Ia untuk kebaikan ‘instrumen’ supaya saya masih boleh menyanyi dan menggunakan setidak-tidaknya tiga hingga empat tahun lagi sebagai penyanyi.
“Saya kena bergantung dengan steroid supaya peti suara terus kekal mengeluarkan bunyi walau tidak sempurna. Buat masa sekarang, tugas saya di GV telah selesai dan mungkin saya akan berhenti menggunakannya, ia tidak elok untuk jangka masa yang lama.
“Saya akan membuat latihan vocal secara manual untuk kembalikan kekuatan. Saya telah lama tidak menyanyi dan vocal cord saya sangat lemah,” jelasnya padat.
Tegas penyanyi berusia 48 tahun ini lagi, imej yang dibawa tidak pernah sesekali meniru watak adiwira Marvel, Iron Man, sebaliknya apa yang ditonjolkan merupakan dirinya yang sebenar.
“Sebenarnya ini bukan imej Iron Man. Rupa ini rupa saya dan tidak dibuat-buat. Bukan mahu meniru dan langsung tiada niat. Namun saya dilabel oleh orang yang melihat dan saya tidak pernah merasa begitu.
“Saya akan terus menjadi diri sendiri dengan seadanya,” katanya lagi.
GV6 menyaksikan Naqiu dan Hady Mirza diangkat menjadi juara dengan jumlah markah yang sama.
Sementara Jatt menduduki tempat ketiga, Nurfatima di kedudukan keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di samping itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti memuji kecomelan wajah bayi Amyra.
Sekadar informasi, Amyra telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016 dan dikurniakan satu cahaya mata, Aqeef Anaqi berusia 2 tahun.
Foto : Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...