“Selama Ibu Membesarkanmu…”– Kongsi Rasa, Ini Luahan Joy Revfa Untuk Anak Tunggal…Sebaknya!

Share

Satu-satunya lelaki dalam hidupnya kini, usahawan terkenal, Joy Revfa menukil satu luahan rasa untuk anaknya, Arryan Firdaus.

Menurutnya, selama menjadi ibu, dia tidak pernah tahu erti ketakutan, kesedihan atau kekuatan yang ada dalam diri. Malah, dia mahu selamanya menjadi bidadari dalam hati si anak.

Selama ibu membesarkan mu..

ibu tidak pernah tahu kekuatan yg ibu miliki..

kesedihan yg ibu hadapi..

dan ketakutan yg ibu ada.

“Apa yg ibu tahu..

Ibu mahu selalu ada untuk mu..

tidak menyerah kalah.. dan selamanya menjadi bidadari hatimu.

Mohon doakan Arryan menjadi anak yg soleh berjaya dunia & akhirat.”

Joy yang sebelum ini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Faiz dikatakan telah putus cinta menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya.

MH doakan semoga Joy ditemukan dengan lelaki yang boleh membimbing dirinya dan menjadi ayah terbaik untuk Arryan.

Foto – Instagram Joy Revfa

Published by
Noraini Abd Wahab