Lagu ‘Alamak Raya’ yang dinyanyikan oleh kumpulan wanita De Fam nyata telah berjaya mencetuskan fenomena sepanjang menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Masakan tidak, setakat ini, video clip lagu tersebut telah pun meraih lebih 17 juta tontonan dalam masa sebulan dan turut viral di seluruh platform media sosial.
Terbaharu, seorang ibu tampil berkongsi keterujaan apabila anaknya yang dikatakan mempunyai masalah lambat bercakap turut boleh menyanyikan lagu Alamak Raya.
Menurut ibu tersebut, dia bersyukur kerana lagu Alamak Raya telah membuatkan anaknya itu mahu membuka mulut dan cuba menyebut bait-bait lirik walaupun kurang lancar.
“Satu-satunya lagu anak saya yang speech delay boleh ikut menyanyi. Walaupun dia sebut hujung-hujung sikit sahaja tapi sudah cukup buat kami gembira.
Ads
“Terima kasih untuk lagu itu,” katanya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh wanita berkenaan di ruangan komen di Facebook selepas MH memuat naik kenyataan anggota De Fam, Azira Shafinaz yang menjelaskan mengenai maksud sebenar lagu Alamak Raya yang disalah tafsir oleh segelintir pihak.
Katanya lagi, dia amat gembira kerana ini merupakan kali pertama dia mendengar anaknya itu bercakap dengan jelas.
Ads
“Alhamdulillah, kita sebagai mak-mak ni, bila anak dapat sebut perkataan itu, happynya bukan main.
“Pertama kali saya mendengar anak excited menyanyi. Selama ini asyik dengan bahasa alien dia sahaja.
“Lagu ini boleh dengar sebutir-sebutir perkataan itu dia sebut,” kongsinya lagi.
Terdahulu, selain menerima respon positif, Alamak Raya juga tidak terlepas daripada kritikan segelintir netizen.
Ads
Ada yang mengatakan lagu ini seakan tidak menghormati kehadiran bulan Syawal yang sepatutnya diraikan dengan rasa syukur dan teruja.
Namun, menerusi laporan MH baru-baru ini, Azira telah menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya lagu Alamak Raya diinspirasikan daripada suasana raya terkejut yang berlaku pada tahu 2022 yang lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Facebook & Instagram De Fam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bergelar ibu pada usia 31 tahun, pelakon cantik Anzalna Nasir mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anaknya, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua bulan 19 hari.
Menerusi perkongsian di Instagram bayi lelaki berkenaan, Anzalna mengajar anaknya mengenal nombor dan gambar sambil diperhatikan Eidress tersenyum.
“No TV, no phone mummy.. Ok doc! So mummy ajar 1,2,3,4,” tulis Anzalna sambil disusuli dengan tanda palang #2Months19DaysOld.
Sementara itu, netizen terhibur dengan gelagat Eidress yang tersenyum sambil memerhatikan buku yang dibaca Anzalna.
Pada 31 Mei lalu, Anzalna dan Hanif Zaki dikurniakan bayi lelaki, Mohamad Eidrees selepas hasil perkahwinan selama tiga tahun iaitu pada 1 Februari 2016.
Foto : Instagram Eidress
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun sering sibuk dengan karier seni, namun pelakon Fasha Sandha tetap mengutamakan tugas utamanya sebagai seorang ibu dan isteri.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mengakui dia ibu yang tegas namun dalam masa yang sama mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan kasih sayang terhadap tiga cahaya matanya.
“Melayani anak-anak yang bermacam-macam ragam. Saya seorang ibu yang tegas tapi saya manjakan ketiga-tiga anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat ‘I love you’ pada setiap anak.
“Lebih daripada tiga kali setiap hari, tapi kalau salah tetap akan kena juga…
“Siapa macam saya? Kita geng okay,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran itu, Fasha memuat naik video dia sedang memeluk dan berciuman dengan dua anaknya iaitu Rayfal dan Raysha.
Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz, 35, pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira, 2 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha turut memiliki sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, dan Putri Raysha Jemaima, 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.