Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mendedahkan dia hanya mengetahui mengenai hubungan diantara bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama Noor Nabila daripada anaknya sendiri, Engku Aleesya.

Jelas Erra, pada ketika itu, dia sendiri tidak tahu sejauh mana mengenai perhubungan mereka malah, bintang ini juga mendedahkan dia sebenarnya tidak kisah jika Engku Emran mahu berkawan dengan sesiapa pun.

“Saya rasa sebagai seorang ibu, saya ada diberi tahu oleh anak saya. Setakat itu sahaja yang saya tahu.

“Ketika itu saya pun tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Saya okay sahaja dia nak berkawan dengan siapa.

“Sebagai ibu, saya hanya mahu anak saya untuk berbaik dengan semua orang terutamanya kepada pasangan bapanya. Bila dah jadi ibu lagilah kena buat baik,” katanya kepada MH.

“Selama Ini, Untuk 12 Tahun Dia Seorang,” – Kagum Dengan Jebat, Erra Fazira Cerita Eengku Aleesya Teruja Dapat Adik “Selama Ini, Untuk 12 Tahun Dia Seorang,” – Kagum Dengan Jebat, Erra Fazira Cerita Eengku Aleesya Teruja Dapat Adik

IKLAN

Pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu berkata sedemikian sewaktu di temui di majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya yang berlangsung di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Selama Ini, Untuk 12 Tahun Dia Seorang,” – Kagum Dengan Jebat, Erra Fazira Cerita Eengku Aleesya Teruja Dapat Adik

“Selama Ini, Untuk 12 Tahun Dia Seorang,” – Kagum Dengan Jebat, Erra Fazira Cerita Eengku Aleesya Teruja Dapat AdikLangsung ditanya mengenai perasaan anaknya apabila menerima kehadiran orang baru di dalam hidupnya, Erra menyifatkan Aleesya berasa sangat gembira lebih-lebih untuk menjadi kakak kepada anak Noor Nabila, Jebat Jayden.

IKLAN

“Setakat ini dia sangat happy. Saya rasa dia happy lebih kepada sebab dia dapat adik. Sebab dia memang nak adik. Dia sayang sangat dengan Jayden.

“Saya selalu nasihatkan dia untuk jadi kakak yang baik kerana selama ini, untuk 11 tahun dia sorang. Saya faham sebab saya pun sorang juga. Mula-mula mungkin kekok sikit. Sebab dia memang nak jadi kakak.

“Dibibirnya selalu bercerita mengenai kebijaksanaan Jayden. Dia kata Jayden seorang yang sangat bijak. Lagi bijak berbanding umurnya. Dia memang sayang sangat dengan adik dia,” katanya lagi.

IKLAN

“Selama Ini, Untuk 12 Tahun Dia Seorang,” – Kagum Dengan Jebat, Erra Fazira Cerita Eengku Aleesya Teruja Dapat Adik

Terdahulu, Himaya merupakan jenama pelitup muka medikal premium baru yang diperbuat daripada fabrik penapis kelas perubatan premium untuk aliran pernafasan yang selesa.

Selain Erra, penyanyi, Wany Hasrita juga diangkat sebagai duta baru Himaya.

Pada edisi kali ini, Himaya telah memperkenalkan dua warna baru iaitu Blue Lagoon untuk Erra manaka Wany pula mewakili warna Apricot Dream.

“Selama Ini, Untuk 12 Tahun Dia Seorang,” – Kagum Dengan Jebat, Erra Fazira Cerita Eengku Aleesya Teruja Dapat Adik “Selama Ini, Untuk 12 Tahun Dia Seorang,” – Kagum Dengan Jebat, Erra Fazira Cerita Eengku Aleesya Teruja Dapat Adik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI