Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mendedahkan dia hanya mengetahui mengenai hubungan diantara bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama Noor Nabila daripada anaknya sendiri, Engku Aleesya.
Jelas Erra, pada ketika itu, dia sendiri tidak tahu sejauh mana mengenai perhubungan mereka malah, bintang ini juga mendedahkan dia sebenarnya tidak kisah jika Engku Emran mahu berkawan dengan sesiapa pun.
“Saya rasa sebagai seorang ibu, saya ada diberi tahu oleh anak saya. Setakat itu sahaja yang saya tahu.
“Ketika itu saya pun tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Saya okay sahaja dia nak berkawan dengan siapa.
“Sebagai ibu, saya hanya mahu anak saya untuk berbaik dengan semua orang terutamanya kepada pasangan bapanya. Bila dah jadi ibu lagilah kena buat baik,” katanya kepada MH.
Ads
Pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu berkata sedemikian sewaktu di temui di majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya yang berlangsung di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Langsung ditanya mengenai perasaan anaknya apabila menerima kehadiran orang baru di dalam hidupnya, Erra menyifatkan Aleesya berasa sangat gembira lebih-lebih untuk menjadi kakak kepada anak Noor Nabila, Jebat Jayden.
Ads
“Setakat ini dia sangat happy. Saya rasa dia happy lebih kepada sebab dia dapat adik. Sebab dia memang nak adik. Dia sayang sangat dengan Jayden.
“Saya selalu nasihatkan dia untuk jadi kakak yang baik kerana selama ini, untuk 11 tahun dia sorang. Saya faham sebab saya pun sorang juga. Mula-mula mungkin kekok sikit. Sebab dia memang nak jadi kakak.
“Dibibirnya selalu bercerita mengenai kebijaksanaan Jayden. Dia kata Jayden seorang yang sangat bijak. Lagi bijak berbanding umurnya. Dia memang sayang sangat dengan adik dia,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Himaya merupakan jenama pelitup muka medikal premium baru yang diperbuat daripada fabrik penapis kelas perubatan premium untuk aliran pernafasan yang selesa.
Selain Erra, penyanyi, Wany Hasrita juga diangkat sebagai duta baru Himaya.
Pada edisi kali ini, Himaya telah memperkenalkan dua warna baru iaitu Blue Lagoon untuk Erra manaka Wany pula mewakili warna Apricot Dream.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari yang sebelum ini pernah mencetuskan viral selepas memuat naik video ‘renjis’ air pada kereta baru yang dibelinya pada majlis doa selamat memilih untuk tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Menurut usahawanita asal Sabah yang mesra disapa Bell ini, dia sedar pelbagai reaksi telah dilemparkan dan dia memohon maaf.
“Takkan belum habis lagi cerita ‘renjis’ air di kereta itu. Sana sini komen sampai di pelbagai kumpulan sembang di Facebook. Hingga ada yang cakap ia amalan syikin… bidaah.
“Saya memahami apa yang dipaparkan dalam video itu mengundang kecaman dan jatuh salah untuk segelintir orang. Saya bagaimanapun memohon maaf kerana tak berniat apa-apa. Saya akui jahil ilmu agama.
“Tujuan buat begitupun kerana air yang disiram hasil bacaan, doa dan selawat dari seorang ustaz. Ia bersempena dapat kereta baharu. Ini kereta kereta lama saya berdepan kemalangan sebelum ini. Saya menyiram air sebenarnya bukan merenjis,” katanya.
Tambah Sis Bell lagi, dia tidak mengambil hati mana-mana komen yang mengguris hati atau disifatkan kasar.
“Lagipun kita sudah nak puasa dan sambut raya. Salam perkenalan daripada saya. Mana tahu, terjumpa mana-mana kita boleh jadi kawan atau ejen. Boleh juga saya berikan hadiah,” katanya lagi.
Terdahulu, video ‘merenjis’ air pada kereta mewah yang dikongsikan di TikTok dan Instagram yang sudah ditonton ratusan ribu kali itu ditempelak seolah-olah ia amalan bidaah oleh segelintir netizen.
Dalam pada itu, Bell, 33, tidak mahu memandang ke belakang sebaliknya optimis untuk menggegarkan Borneo khsusnya dan membangkitkan semangat berniaga menerusi rangkaian jenamanya lebih penting berbanding hal lain.
Malah, Sis Bell juga mahu menepis wujudnya situasi pengasas atau pemilik produk ‘memijak’ ejen demi kaya seorang diri.
“Tiada istilah saya ‘pijak’ ejen untuk hidup kaya. Atau wujud senario ejen yang selama ini memberi kekayaan kepada saya. Tapi saya mahu buktikan, jika boleh kaya beramai-ramai atau ‘berjemaah’ kenapa perlu kaya sendirian.
“Malah, saya sama sekali mahu membangkitkan semangat semua orang Borneo untuk berusaha ke arah kehidupan yang selesa. Saya mahu memimpin tangan untuk berjaya dan kaya sama-sama,” katanya.
Dia pada masa sama bersyukur atas apa yang dilakukan memberikan peluang rezeki dan manfaat kepada orang lain.
“Ada ‘reseller’ yang dulu tinggal atas jambatan, tapi sekarang sudah mampu memiliki tanah dan membangunkan rumah. Ada ejen yang tak tahu membaca dan menulis selain tak pandai guna media sosial, kini hidup berjaya dengan bantuan kami.
“Jadi saya tekankan, memang tak ada istilah saya kaya seorang diri. Selagi boleh bantu, saya tidak akan lokek berkongsi rezeki dan nikmat. Bahkan staf dan ejen umpama keluarga baharu saya. Impian dan kejayaan mereka, nikmat terindah buat saya.
“Tahun lalu ada ejen saya berjaya capai RM2.8 juta jualan setahun. Malah tahun lalu ada lima ejen saya dapat jualan RM1 juta setahun. Empat daripada mereka perempuan dan seorang lelaki. Tahun ini saya sasar mahu 15 ejen pula dapat sasaran sejuta setahun ,” katanya.
Kata Sis Bell, melihat kejayaan ejen selama ini umpama mengimbas kembali usahanya sekitar 9 tahun lalu membangunkan Beautyspells menerusi rangkaian produk losyen pemutih kulit.
“Saya bermula dari zero. Dulu ‘pejabat kecil’ hanya bertemankan meja makan dan tanpa staf. Saya juga berusaha tanpa disaksikan ibu bapa kerana yatim piatu. Saya bangkit tanpa bimbingan sesiapa.
“Sebab itu usaha membantu ejen saya kira seperti melihat diri sendiri sewaktu dulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Tapi bagi ejen, sangat besar dan bernilai.
“Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng (KFC) pun tak mampu. Tapi kini, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.
Dalam masa sama, jenama ini buat kali kedua akan menganjurkan Beautyspells Success Night di tiga lokasi dan tarikh berbeza yang menelan kos RM1.2 juta.
“Saya buat di tiga lokasi berbeza ini bagi memudahkan ejen yang datang dari latar belakang berbeza. Ada yang kali pertama nak masuk hotel dan beli tiket penerbangan.
“400 penerima (ejen) akan diraikan dan menerima ganjaran emas berjumlah keseluruhan RM380,000 serta wang tunai RM510,000 yang dihias dalam bentuk jambangan bunga. Ia jambangan bunga wang betul dan bukan palsu seperti digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.
Tahun ini, jenama berkenaan turut optimis mensasarkan untuk menjual 500,000 unit losyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang media sosial, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora mengimbas kembali foto sebelum bernikah dengan suaminya, Apit Johari.
Tampil dengan rona pakaian serba putih, Tora pada awalnya berasa bimbang kerana merasakan rona putih tidak sesuai dengan warna kulit dan bentuk fizikalnya itu.
Bagaimanapun, wanita berusia 21 tahun ini tetap dengan pendiriannya untuk menyarungkan baju tersebut.
“Tau dak mcmna aku boleh yakin pakai warna putih laguni. orang slalu kata bila orang kulit gelap pakai pulak wana putih,mesti nampak tak brseri .tapi aku ni jenis yakin dngn diri sndiri and jenis aku apa aku nak mmg aku akan buat.
“Tak kisah la orang nak kata apapun dkat aku .ada ja orang yang mai bagi pendapat depa suruh aku pakai wana lain .tapi designer baju kahwin aku hbaq better pakai putih.
“Bila aku pkiq balik,baik pakai putih sbb aku ni dari dlu lagi tringin sngat nak pakai kala putih .sbb aku mmg tak prnah pakai kala putih full mcmni.
“Tapi aku tetap dngn kputusan aku nak pakai kala putih ni lantak la apapun jadi .lpas aku pakai, ada plak dok p tanya aku paseypa pakai putih la pasaipa bibiaq pucat la itu la ini laa.
“Haih aku mcm geram ja tau .di hari bahagia aku, mesti la aku sdih orang condemn mcm2 kan, tapi aku mlas nak ambik tau,” kongsi Tora.
Tidak ‘termakan’ dengan kata-kata netizen, Tora akui dia lebih selesa mendengar pandangan dari suaminya sendiri yang memuji kecantikan semula jadi Tora.
“Yang penting suami aku puji aku cntikk. Dia kata dia suka makeup aku tak tebai laguni klau dak macam ngan hantu. haa hat mana nak kahwin tapi dia kulit gelap,nak pakai kala putih,ampa pakai ja wey.
“Putih ni lawa .cuma hampa jangn makeup natural mcm aku .hampa boh lipstick merah sikit baru nampak herlokkkss!!
“Apapun aku tak prnah mnyesai la wey pakai putih waktu hari akad nikah aku !hampa nak kata aku tak seri ka,legam ka ,tak eloks kaa ,lantak p. Sikit aku tak kisah.
“Aasaikan aku bahagia. Tak mati dek perlian orang.aku yag kahwin bukan hampa sukahati aku la nak pakai wana apapun
“P/s: muka aku nervous sbb p masjid lambat 1 jam .tok kadi dok tnggu.apa boleh buat ,baju nikah aku siap lambat .sapa suruh gedik sngat .sminggu nak kahwin baru p buat design baju.mmg haqu hahahhaa .pngalaman paling pait laa,” tulisnya.
Pelakon Nazim Othaman baru sahaja selesai melakukan pengambaran untuk sebuah drama.
Bagaimanapun, pengambaran itu dilakukan di kawasan perkuburan.
Lantas, pelakon drama Monalisa itu juga turut meluakan rasa sebaknya tatkala dia lalu dihadapan kubur.
“Hari ni ada shooting kat kubur. Masa kereta aku masuk ke perkarangan kawasan perkuburan, mulut aku dah terkumat-kamit sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang dah pergi dulu..
“Sepanjang kat kawasan kubur tadi, aku tak banyak bercakap kecuali bila perlu je, sebab dalam hati masih tak berhenti membaca Al-Fatihah, sambil mata aku memandang ke semua kubur yang ada kat situ..
“Aku jadi sayu mengenang betapa lama aku hanyut dek khilaf. Aku pun tak tau macam mana nak luahkan perasaan yang datang tadi. Aku cuma boleh rasa Allah cuba menyampaikan sesuatu pada aku..
“Dijentiknya hati ini hingga jadi sebak, sampai sekarang aku masih cuba pujuk diri… kalau nak menangis, menangislah dalam doa lepas solat..
“Allah menduga bukan kerana Dia membenci, barangkali kerana Dia rindu dan semua ini adalah caranya untuk mengembalikan hati aku supaya tak berhenti memuja keagunganNya..
“Sesungguhnya Allah maha besar, maha pengampun lagi maha penyayang,” tulisnya.