Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya bertemu secara empat mata dengan gadis berusia 22 tahun yang disapa sebagai Wanie bagi membantunya dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Terdahulu, gadis yang mengalami masalah obesiti dengan berat lebih 200 kilogram itu ada berkongsi keinginannya untuk bertemu dengan penyanyi Abang Nak Tegur itu menerusi sedutan video yang turut dikirimkan kepada MH.

Beberapa jam lalu, Aliff ada berkongsi sekitar perjumpaannya yang turut disertai ahli keluarga Wanie menerusi IGTV.

View this post on Instagram

antar usaha saya tolong wani utk dapatkan rawatan di hospital terebih dahulu…….sebab dia x boleh berjalan dan keadaan dia agak teruk dan atas nasihat dr kami megambil tindakabg mengelakkan ketagihan makan wani yg agak tinggi……seblum apa apa tindakan dilakukan. . . Anda bayangkan tanpa bantuan sesiapa… abang datang daripada Kuala Lumpur ke negeri Pahang demi memberi bantuan iklas tpi bila dah viral ada org yg menghina dan kecam abg😥😥😥 korang bygkan.. Dari rumah terpaksa guna ambulans nak bawa dia dapatkan rawatan dan team saya sedaya upaya membantu beliau dan keluarga yg kurang berkemampuan……sayang usia nya yg muda dihabiskan dalam keadaan tidak berdaya utk membuat sebarang pekerjaan…abang harap bila wani dah sihat dah boleh jalan mcm orang biasa tak minta balasan pun cuma doakan abang berjaya dunia dan akhirat….jom sama2 kita doakan wani sihat dan boleh berjalan!!! siapa yg fitnah abg lebih2 kata abg ambik kesempatan tu bawalah2 bertaubat……..kalau bab mengeji semua serah kat korang!!! Kadang kala bang sedih niat baik abang disalah ertikan bagi abang tak apalah orang yang menghina apa itu biar Allah saja yang balas jangan sampai abang buat tindakan 😡

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Janganlah kecam saya, saya tak ada pun hina adik ni gemuk. Saya hanya cakap itu sebab badannya terlalu besar. Selama 23 tahun, emaklah yang basuhkan kencing, berak dan maklah yang mandikan.

IKLAN

“Kalau ibarat kata mak telah meninggal macam mana? Siapa yang nak buat semua benda tu,” tanya Aliff kepada Wanie yang sedang dalam linang air mata.

“Selama Ni Emaklah Yang Basuhkan Kencing, Berak…,” – Niat Suci Bantu Gadis Obes Seberat 220kg, Aliff Syukri Bawa Wanie Ke Kuala Lumpur

Pada masa sama, Aliff turut berkongsi sedutan Wanie yang dibawa ke Kuala Lumpur bagi rawatan seterusnya.

IKLAN

“Selama Ni Emaklah Yang Basuhkan Kencing, Berak…,” – Niat Suci Bantu Gadis Obes Seberat 220kg, Aliff Syukri Bawa Wanie Ke Kuala Lumpur

“Selama Ni Emaklah Yang Basuhkan Kencing, Berak…,” – Niat Suci Bantu Gadis Obes Seberat 220kg, Aliff Syukri Bawa Wanie Ke Kuala Lumpur

“Okay sekarang ni kita nak bawa awak ke Kuala Lumpur. Saya nak selamatkan awak, nak buatkan awak kurus. Nak awal lebih sihat, cantik.

IKLAN

“Jadi awak kena kuat. Adik ni tak boleh nak berjalan, jadi kena angkat beramai-ramai,” katanya lagi.

Sehari lalu, Aliff turut memuat naik fotonya bersama Wanie sambil mengakui niat baiknyau untuk membantu Wanie.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI