“Selama Ni Isteri Hangpa Buat Sorang Ja Semua Hal Rumah,” – Suami Yana Samsuddin ‘Ambil Alih’ Tugas Isteri, Hujung-Hujung Ini Reaksinya

Share

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Yana Samsuddin, Fadzil Zahari ada berkongsi cerita di akaun Instagram miliknya.

Fadzil memaklumkan dia telah mengalas tugas isteri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Lalu, Fadzil menjelaskan tugas seorang isteri yang berperanan menguruskan hal rumah tangga bukan satu perkara yang mudah dan memenatkan.

“Assalam hangpa, salam maghrib… lama tak update socmed ni huhu.. abang bz buat challenge sendiri ni start #StayAtHome 18mac tu abang cakap dengan isteri.. la ni i tak boleh pi ofis selama 2minggu ni u takyah risau, semua kerja rumah i buat, u tak payah buat apa pun, u lepak ja.

“Isteri senyum la dah abang offer macam tu. dia tengok Nat Geo saja tengok orang masak macam2 pastu dia pulak teringin huhu.

“dapoq abang kemas, bilik abang kemas, pinggan mangkuk abang cuci, sampah abang buang, baju semua abang basuh sidai dan lipat.

“Anak abang mandikan, buat susu bagi makan.. tak berhenti dari pagi sampai malam, pinggan mangkuk tak penah takdak kat sinki tu. ada masa sikit curi2 buat kerja kat laptop, kerja jalan macam biasa jugak, meeting online dengan client, proposal dan reply whatsapp berlambak2,” tulisnya.

Di samping itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini menyarankan kepada para suami untuk menghargai isteri.

“keputusan dia hangpa tau dak apa? PENAT… cuba bayangkan selama ni isteri hangpa buat sorang2 ja semua hal rumah tu.

“Bayangkan mak mak kita dulu2… kami baru anak sorang dah penat, bayangkan yang ada anak ramai so dok ada lagi 2 minggu PKP ni rajin2 la tolong isteri atau tolong mak hangpa tu. jangan la dah besaq bujang menyusahkan mak lagi…,” tulisnya.

Untuk rekod, Fadzil merupakan abang kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil, dan mendirikan rumah tangga bersama Yana Samsuddin pada 13 Februari 2015.

Selepas itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Foto: Instagram Fadzil Zahari

Published by
Nazar Rafiqhi