Penyanyi dan pelakon, Cik Manggis ada berkongsi penglamannya ketika melakukan ujian saringan Covid-19 baru-baru ini.
Jelas pemilik nama lengkap Nurshazwani Shamsuddin ini, dia pada awalnya menyangka proses berjalan agak menyakitkan.
Bagaimanapun, situasi sebaliknya yang berlaku. Cik Manggis pada masa sama turut menyatakan keputusan yang diterima adalah negatif.
“Selama ni tgk org buat swab test nmpk mcm sakit, but surprisingly okayyy je (or is it because they’re extra gentle?)
“Did a swab test at @kumpulan_megaklinik_zahran cuz lusa nak shoot with my babies @defamofficial!
Alhamdulillah, result came out in 2-3 hours and its negatif.
“Go swab test sebagai langkah berjaga2 if u nak berkerja n jumpa ramai org so we can stop covid 19 from spreading ok! Okay let’s work dengan tenang hati,” kongsinya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi terhadap video yang sudah pun ditonton lebih 80,000 kali itu.
Foto: Instagram Cik Manggis
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Nampak ‘Mood Swing’ Isteri Lain Macam,” – Teruja Nak Jaga Bayi, Fattah Cerita Saat Awal Tahu Fazura Hamil
Suami kepada Fazura, pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengakui ada bertanya dengan kenalan serta ahli keluarga yang sudah bergelar bapa sebagai persediaannya meniti hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Kata Fattah, selain bertanya dia juga banyak melakukan pencarian sendiri dalam hal berkaitan keibu bapaan.
“Saya banyak bertanya dan cari ilmu sebagai persediaan untuk bergelar bapa. Yang lucunya, nasihat yang saya terima daripada kebanyakan bapa sama saja iaitu ‘selamat berjaga malam’.
“Saya masih tidak dapat gambaran kerana kelahiran yang akan datang adalah pengalaman pertama kami. Sejauh mana teruknya ‘berjaga malam’ itu saya tidak pasti.
“Sudah tentu rasa teruja nak jaga bayi, tapi cerita di sebaliknya itu buat saya gementar juga.
“Apa pun saya mengharapkan yang baik dan saya percaya perkara itu lumrah. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal,” katanya.
Fattah pada masa sama turut merakam kembali memori saat awal mengetahui isterinya itu berbadan dua.
“Sebelum PKP, kami ada penggambaran di Bangkok, Thailand untuk satu jenama. Ketika itu kami macam sudah nampak ‘mood swing’ Fazura yang lain macam.
“Lazimnnya setiap kali ada penggambaran bersama kami okay sahaja. Cuma ketika itu kerana beberapa hal, emosi dia lain macam sikit.
“Jujurnya saya dan ‘team’ ada terfikir mungkin kerana dia hamil dan pembantu syorkan untuk buat pemeriksaan.
“Jadi pulang ke tanahair, dua tiga kali juga kami lakukan pemeriksaan sendiri dan hasilnya positif. Sejak itu semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Syukur dia tidak ada alami alahan yang teruk-teruk. Fazura juga tidak ada minta atau mengidam perkara yang pelik-pelik,” jelas Fattah.
Dalam perkembangan lain, bintang yang bakal muncul menerusi filem Mat Kilau ini baru sahaja muncul dengan single kelima yang berjudul Bebas.
“Lagu tersebut sudah dilancarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Cumanya, promosi tidak dapat dijalankan secara menyeluruh atas situasi semasa dan hanya tertumpu di media sosial sahaja.
“Lagu tersebut dicipta Rudy Nastia sementara liriknya pula oleh Leo Azman. Bebas digambarkan sebagai satu lagu yang mampu menaikkan semangat.
“Malah jalan cerita di dalam muzik videonya juga berkaitan dengan kisah seorang pelajar yang sering dibuli.
“Lalu bila mendengar lagu ini, berikan dia lebih semangat dalam menjalani hidup sehari-hari dan saya juga akan lancarkan sebuah lagi single baru ciptaan Hafiz Hamidun dalam tempoh terdekat.
“Lagu tersebut sudah pun dirakam dan saya teruja kerana ia genre yang tidak pernah saya nyanyikan sebelum ini. Harapnya ia mendapat reaksi baik pencinta muzik apabila dilancarkan nanti, insya-Allah,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Saya Sayangkan Dia, Anggap Seperti Anak Sendiri,” – Beraya Dengan Keluarga Zul Ariffin Rupanya Jadi Rutin Gayatri Su-Lin
Sejak 1 Syawal lalu, nama penerbit Gayatri Su-Lin menjadi perhatian ramai setelah dia dilihat sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pelakon, Zul Ariffin.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Zul memaklum kehadiran Gayatri sememangnya sudah menjadi rutin dan hubungannga bersama keluarga juga sangat akrab.
“Dia tiap-tiap tahun akan beraya dengan keluarga saya. Kami sudah anggap dia seperti keluarga. Daripada dulu lagi mak saya memang sayangkan dia dan anggap seperti anak sendiri.
“Kalau anda lihat kembali, memang tiap-tiap tahun dia ada bersama. Cuma kurang abang saya sahaja di dalam gambar itu,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 38 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sheriff yang berlangsung di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Meskipun pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini, Zul berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang untuk dia menguruskan kehidupan peribadinya.
Ditanya sama ada Gayatri merupakan individu yang mengisi kekosongan di hatinya saat ini, ini jawab Zul;
“Cerita ‘hari bersejarah’ itu sudah wujud sejak lima tahun lepas tapi tak hampir-hampir pun.
“Selagi itulah saya akan beritahu apa yang orang ramai mahu dengar sebab itu bukan satu kepentingan bagi saya memuaskan hati masyarakat.
“Saya seorang pelakon dan semua perkara orang nak tahu fasal saya tak kira baik atau buruk. Saki baki yang saya ada hanyalah kehidupan peribadi.
“Saya bukan tak mahu berkongsi tapi itu sahaja perkara yang saya ada,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Zul memaklumkan dirinya akan tetap berkongsi mengenai perkahwinannya bila tiba masanya nanti.
“Saya tidak akan berkahwin secara sorok. Saya pasti akan uar-uarkan. Lagipun saya tak pernah berkahwin, mesti saya akan bagitahu.
“Saya tiap-tiap tahun mencuba tapi tetap juga tidak menjadi. Bila duduk di Mekah, perkara lain pula yang saya doakan.
“Saya tak doa untuk kahwin cepat tapi doa agar segalanya dipermudahkan, dipertemukan dengan orang bagus dan dijauhkan daripada fitnah,” ulasnya lagi.
Enggan berselindung lagi, Zul mendedahkan dirinya sudah pun bertemu dengan orang yang tepat untuk dijadikan bakal isteri.
“Saya sudah berjumpa dengan macam-macam perangai dan personaliti. Pada saya, saya kena buat pilihan yang tepat dan saya ada pilihan yang tepat.
“Paling tepat daripada setepat-tepatnya,” akhirinya.
Terdahulu, filem Sheriff bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 April ini.
Sheriff merupakan sebuah filem kepolisian yang mengisahkan mengenai konflik salah laku pihak polis di jabatan narkotik.
Selain Zul, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Azira Syafinaz, Syafiq Kyle, Elizebeth Tan dan Aaron Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Buat Pico Laser Bawah Mata, RM2,000 4 Sesi,” – Hanya Makan Siang, Dahlia Rizal Kongsi Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Majlis Nikah
Pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal mendedahkan rahsia mengenai kulitnya yang tampak lebih ‘glowing’ dan sihat sewaktu majlis pernikahannya pada Sabtu lalu.
Menurut Dahlia, buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwin, penjagaan mental dan fizikal semem harus dititikberatkan.
Physical: i do 2 facials a week before nikah, makan siang only & malam puasa, moisturise skin everyday & minum byk air kosong:
Mental: tak tipu, still tak ok even masa nikah hahahah but kakcik gotta be strong🥹 but not to mention that I byk ber istighfar 🙂 https://t.co/x6jl1R9Sfi— indo mie (@DahliaRizal) September 12, 2023
“Dari segi fizikal, saya buat sesi rawatan muka dua kali seminggu sebelum nikah. Makan pada waktu siang sahaja. Malam puasa. Hari-hari lembabkan kulit dan banyak minum air.
“Dari segi mental pula, tak tipu, masih tak berapa okay masa nikah tapi saya kena jadi kuat. Tak dilupakan juga, saya banyak istigfar,” tulisnya.
Perkongsian itu merupakan respon Dahlia terhadap pertanyaan seorang pengikutnya di aplikasi X.
Pada masa sama, Dahli juga memaklumkan dirinya ada melakukan rawatan laser di bahagian bawah matanya.
I tak pernah gitau yet ni hahah but tak apa la since ramai ask, i buat pico under eyes at Aglow clinic (branch publika). Rm2k tak silap for 4 sesh https://t.co/Sn9FXvhAK0
— indo mie (@DahliaRizal) September 12, 2023
“Saya tak pernah bagitahu sebelum ini tapi tak mengapalah sebab ramai yang tanya. Saya buat pico laser di bawah mata. RM2,000 tak silap untuk empat sesi,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Dahlia dan suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada Sabtu lalu.
Dalam majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka, Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 selepas mengingat tali pertunangan Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Dahlia Rizal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI