Uncategorized

“Selama Penggambaran, Saya Banyak Belajar Hal Agama & Hak Wanita,” – Drama Kontroversi ‘Perempuan Itu’ Akhirnya Ditayang, Mimi Lana Harap Penonton Beri Peluang

Share

Meskipun terpalit kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan segelintir pihak disebabkan adegan panas yang dipaparkan, pelakon, Mimi Lana akui teruja apabila drama, Perempuan Itu akhirnya akan ditayang buat tontonan umum.

Menurut Mimi, walaupun drama ini pada mulanya mendapat tentangan banyak banyak, namun dia mendedahkan naskah ini telah membuka matanya tentang agama dan hak-hak seorang wanita disisi Islam.

“Akhirnya drama Perempuan Itu akan ditayangkan di aplikasi Tonton Malaysia bermula 1 Jun ini. Meskipun pelbagai kontroversi melibatkan drama ini, saya telah belajar banyak perkara.

“Selama saya menjalani pengambaran drama ini, saya sendiri banyak belajar hal hal baru tentang ilmu agama. Hak-hak sebagai seorang wanita di dalam sesebuah rumah tangga dan yang paling penting adalah tentang martabat dan tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk hidup di dunia ini,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh tunang kepada pelakon, Syafiq Kyle itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Mimi turut berharap agar para penonton dapat memberi peluang buat drama ini yang dikatakan sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni.

“Saya berharap penonton yang akan menonton drama ini juga sedikit sebanyak dapat mafaat dari isi sebenar yang ingin disampaikan. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

“Saya sangat sayangkan karya ini kerana isinya yang penuh dengan pengajaran dan teladan. Saya juga sangat sangat sayangkan setiap satu orang yang terlibat di dalam karya ini,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, drama ini harus di tonton dengan hati yang terbuka agar motifnya sampai kepada penonton.

“Saya harap semua orang dapat bersedia dan menerima dengan hati yang terbuka sebelum menonton.

“Yang baik Itu datang dari Allah swt, dan yang buruk Itu datang dari kami semua. Bismillahirrahmanirrahim dan Selamat menonton,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton drama arahan, Erma Fatima itu.

“Yay, akhirnya! Setelah sekian kontroversi, akhirnya yang ditunggu-tunggu tayang juga.

“Akhirnya selepas kontroversi. Silapnya promo menggunakan klip yang agak melampau. Padahal cerita ni best kot kalau tengok sedutan yang Mimi share.

“Lama dah tunggu.

“Tak sabar. Akhinya drama ini ditayangkan juga,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, drama Perempuan Itu yang sepatutnya ditayang pada bulan Ramadan tahun lalu terpaksa ditangguhkan berikutan tular sebuah klip promo yang memaparkan pelakon utamanya, Zul Ariffin melakonkan babak panas bersama pelakon, Siti Hariesa.

Klip video promo tersebut telah dimuat naik oleh Zul menerusi laman Instagram miliknya.

Lantaran itu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.

Sementara itu, pengarahnya, Erma Fatima memaklumkan babak panas tersebut telah dipotong dan tidak akan ditayangkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mimi Lana

Published by
Aizam Manaf