Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan isterinya, pelakon Ardell Aryana yang sudah selamat timang anak pertama mereka, hari ini.

Nadzmi menerusi satu hantaran di Instagram turut memaklumkan, Ardell selamat bersalin secara normal kira-kira jam 2.22 pagi tadi selepas lebih 16 jam bertarung nyawa.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua.

“Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020, Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.

“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.

Ads

“Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana.

“Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua,” tulisnya.

Ads

Bagaimanapun, jantina bayi masih belum dikongsikan bintang Hati Perempuan ini.

Ads

Serentak dengan perkongsian berita gembira itu, para peminat termasuk rakan selebriti mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan semuanya dipermudahkan buat si ibu.

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.

Foto: Instgaram Nadzmi Adhwa

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI