Tahniah diucapkan buat pelakon, Tasha Shilla yang selamat melahirkan anak pertama, pada Sabtu.
Sambil memanjat rasa syukur, Tasha pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat keluarga yang menjaganya sepanjang proses kehamilan.
“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.
Malah dia turut menghargai semua pihak yang membantu bagi menyempurnakan proses bersalin bagi lelakinya itu.
“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital.
“Dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much,” tulisnya lagi.
Ads
Berita gembira itu dimaklumkan bintang berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram dan turut disusuli dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Ads
Terdahulu, Tasha Shilla dan suaminya, Atiq Idris melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2020.
Pada penghujung tahun lalu, dia dan suami telah sepakat untuk berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan mencecah 5 bulan.
Foto: Instagram Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen, Ezuwan Ismail yang sinonim dengan tanda pagar (hashtag) ‘tukang jahit termahir Malaysia’ di media sosial tampil dengan inspirasi koleksi Cotton Candy atau gula-gula kapas pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022.
Bagi pereka fesyen yang pernah menubuhkan trio E1 Band itu, tema dan konsep yang diketengahkan adalah, dia cuba menyelami warna pemanis mulut itu yang penuh kemanisan.
“Tahun ini saya tampilkan 24 koleksi termasuk perempuan dan lelaki. Warna pastel seperti kuning lembut, biru ‘lilac’, biru lembut, merah jambu, hijau ‘tiffany’ dan peach menjadi antara asas warna pastel yang digunakan.
“Saya menggunakan koleksi fabrik seperti ’twill’, kain kapas, lycra dan jejaring. Malah elemen berbungkus satu badan juga diserlahkan bagi menyuntik kelainan rekaan kali ini.
“Saya percaya gula-gula kapas ini memberi nostalgia tersendiri kepada kita sedari dulu. Jadi ia lebih kepada mengimbas semula kemanisan yang kita pernah dan tengah rasai. Apatah lagi selepas diuji di era pandemik COVID-19,” katanya.
Ezuwan yang melakar nama termasuk menjadi kegemaran serta pilihan artis popular seperti antaranya seperti Rozita Che Wan, Allahyarham Adibah Noor, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan Aprena Manrose itu berkata harga diketengahkan juga munasabah.
“Koleksi kali ini dijual pada harga dari RM2,800 hingga RM6,000. Malah saya turut kongsikan koleksi tersebut di Instagram buat tatapan semua,” katanya lagi.
Ezuwan menambah, koleksi diketengahkan kali ini juga turut menyerlahkan sisi yang lebih segar buat pencinta fesyen.
“Tak kira, berapa usia kita sekalipun harus ada sisi muda. Kita pernah muda dan ada yang sedang menikmati kemanisan hidup remaja itu.
“Jangan ‘tua’ kan diri kita. Cuma dalam bergaya itu kena pandai sesuaikan diri dan keadaan. Jangan semberono,” kata suami kepada Zahie Omar itu.
Bapa kepada dua cahaya mata ini mempersembahkan koleksinya diKLFW2022 pada 18 Ogos lalu di ruang legar pusat beli-belah terkenal Pavilion.
Ezuwan juga turut mengundang penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin sebagai penyeri pentas peragaan mempersembahkan lagu Casablanca.
“Nampaknya percaturan membawakan dua penyanyi yang meledak saat ini amat berjaya. Mereka berjaya memegun ramai sekali gus menonton persembahan koleksi sedia pakai saya.
“Terima kasih kepada teman baik saya yang berjaya menguruskan hal mengikat dua penyanyi itu untuk membuat persembahan.
“Ada juga yang menyakat saya untuk menyanyi sama-sama dengan mereka. Tak kurang juga suruh bergandingan menghasilkan single baharu dengan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, slot peragaan koleksi Cotton Candy itu turut terjadi perkara tak terduga apabila gaun diperaga salah seorang model Ezuwan hampir terlondeh.
“Mujurlah model memakai baju. Kalau semata-mata ‘top’ skirt sahaja.. tak mampu saya bayangkan apa yang akan terjadi. Mujurlah juga model bukan Melayu.
“Kalau model Melayu.. saya tak dapat bayangkan jika ia tular dan menjadi sensasi serta kecaman netizen,” katanya yang sudah terbiasa dengan kecaman netizen.
Pasangan popular pempengaruh media sosial Indonesia, Aurelie Hermansyah dan Atta Halilintar kini sudah bergelar ibu bapa kepada seorang bayi perempuan. Anak dan menantu kepada selebriti terkenal Indonesia, Krisdayanti dan Anang Hermansyah ini mengumumkan berita tersebut di Instagram mereka hari ini.
Atta mengungkap ayat ringkas dalam satu hantaran siap dengan gambar anaknya menggenggam jari jemarinya. Ujarnya, “22 Februari 2022. Malaikat hidupku.”
Dengan pertambahan ahli baru keluarga popular ini, ia sekaligus memberikan Krisdayanti status sebagai seorang nenek. Aurelie merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup diva pop ini dengan bekas suaminya, Anang Hermansyah.
Krisdayanti memuat naik satu gambar bersama cucunya itu di Instagram. Memanjat rasa syukur, pelantun lagu popular Menghitung Hari ini menitip kata penuh syahdu. “Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum hiwabarakatuh. Alhamdulillah telah lahir cucu kesayangan kami, cahaya sempurna bagi keluarga.
“Berjenis kelamin perempuan, tanggal 22 Februari 2022, pukul 7.40 WIB dengan berat 3,322-gram dan panjang 48cm. Selamat kepada yang saya cintai suami ku, anakanda Atta dan Aurel.
“Yang saya saya hormati bapa dan ibu Atta Halilintar, Anang Hermansyah dan Ashanty dan seluruh keluarga bahagia. Saya aturkan terima kasih yang teramat dalam segala perhatian dan doa yang diberikan,” luahnya.
Buat masa ini bayi tersebut yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarian belum dinamakan secara rasmi kepada umum, namun dia digelar dengan panggilan manja Baby A.
Untuk pengetahuan pembaca, Aurelie Hermansyah dan Atta Halilintar telah mengikat tali pernikahan pada 3 April 2021 dan pada 13 Mei tahun yang sama, Aurelie yang baharu diketahui mengandung mengalami keguguran yang teruk sehinggakan dia perlu terlantar di atas katil.