Satu hantaran video pesanan masyarakat dari pelakon senior, Fauziah Nawi nyata mengundang sebak ramai, termasuk rakan selebriti.
Video yang dikongsikan menerusi platform Instagram miliknya itu antara lain menasihatkan anak-anak agar tidak perlu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal tahun ini.
Peka terhadap situasi semasa yang melanda seluruh dunia, bintang versatil itu turut berpesan agar semua mengamalkan kebersihan diri selain melalukan penjarakkan sosial.
“Tak payah balik, mak okay. Janganlah degil… Dah berapa tahun kita selalu sambut raya bersamakan? Kali ni je tak. Eh, nyawa tu lebih penting.
“InsyaAllah, nanti kita dapat bersama. Dah… Jangan nak nangis.
“Ingat, basuh tangan selalu. Jangan dekat-dekat dengan orang. Apa cakap orang putih… Ada distance, stay at home.
“Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin, mak sayang awak,” katanya dalam sepotong video yang kini sudah pun mendapat tontonan hampir 40,000 setakat ini.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi termasuk rakan selebriti yang ‘menyambut’ ucapan sayang dari bintang berusia 66 tahun itu.
Malah ada di antara ucapan yang ditinggalkan mendapat reaksi balas dari Fauziah Nawi sendiri.
Foto: Instagram Fauziah Nawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selagi Masih Ada Nyawa…,”- Rita Rudaini Mahu Abadikan Memori Terindah Bersama Anak-Anak Untuk Dikenang
Ingin meluangkan masa bersama anak-anak, Rita Rudaini mengabadikan momen indah bersama.
Kongsinya, selagi masih bernafas, ibu kepada dua orang anak itu akan memberikan yang terbaik buat cahaya matanya itu.
“Anak2 akan bawak kenangan masa kecil mereka smpai bila2..kerana itu adalah memori paling indah mereka bersama kita
“Selagi termampu dan masih ada nyawa,sy akan beri memori yg manis utk mereka kenang,” tulisnya.
Menerusi video pendek itu, Rita sedang menyarungkan stokin kepada anaknya dengan berlatarbelakangkan lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Amzah.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton hampir 100,000 tontonan.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.
Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada September 2013.
Pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
View this post on InstagramA post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Konsisten Kongsi Isu Palestin & Sama-Sama ‘Collab’ Dengan Pihak Luar, Fazura – “Semuanya Datang Daripada Allah. Alhamdulillah, Allah Beri Kekuatan Itu.”
Selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus berjihad dengan cara tersendiri dengan terus memuat naik hantaran berbentuk maklumat dan perkembangan di Palestin.
Malah apa yang dilakukan isteri kepada aktor, Fattah Amin itu turut membuka mata beberapa pihak luar untuk berkolaborasi dengannya bagi memberikan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di negara bergolak itu di media sosial.
“Sebenarnya, kita muat naik sajalah…. buat kerja kita, dan itu sebagai antara cara jihad kita. Tapi, mengenai apa yang diperkatakan misalnya hal berkaitan dengan pengiktirafan dan sebagainya, saya tak pasti. Ia berlaku secara tiba-tiba.
“Mengenai ‘collab’ itu, memang ia datang daripada pihak mereka, mereka ‘invite’. Mungkin mereka melihat agaknya kita kerap buat hantaran mengenai Palestin dan sebagainya.
“Ada juga beberapa bantuan yang kita lakukan bersama dan sebagainya. Jadi, dari situlah mereka bersama dengan saya untuk terus menyebarkan maklumat berkaitan Palestin.
“Itu jugalah menjadi antara sebab saya tidak terlalu berkongsi mengenai kehidupan peribadi atau kebahagiaan di media sosial,” katanya.
Fazura pada masa sama bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus berkongsi mengenai perkara itu meski ada yang berpendapat kelantangan yang dibuat mungkin boleh menjejaskan kerjaya.
“Semuanya datang daripada Allah. Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan itu. Ramai juga sebenarnya yang risau, takut kalau selepas ini tak dapat tawaran kerja dan sebagainya. Tapi, ini jihad saya.
“Allah tahu niat saya. Jadi saya percaya, rezeki datang daripada Allah dan saya tak risau sama ada akan ada tawaran kerja ataupun sebagainya.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Sama-samalah kita bersuara bagi mereka yang memerlukan,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial #MHnews Selebriti dan usahawan, Nur Fazura tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus berjihad dengan cara tersendiri dengan memuat naik hantaran berbentuk maklumat dan perkembangan di Palestin secara konsisten. Malah apa yang dilakukan isteri kepada aktor, Fattah Amin itu turut membuka mata beberapa pihak luar untuk berkolaborasi dengannya bagi memberikan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di negara bergolak itu di media sosial. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Islam – Lafina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Di Atas Rekaan, Tertera ‘Hayya A’lal Falah’…,” – Pertama Di Malaysia! Alif Satar Diumum Sebagai Duta GB Gold & Edisi Khas Rekaan Emas Diperkenalkan
Syarikat Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold Malaysia) menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan selebriti popular, Alif Satar sebagai duta bertujuan memantapkan jalinan kerjasama dalam bidang masing-masing di negara ini.
Menerusi kerjasama itu, GB Gold yakin mampu mengukuhkan kedudukan perniagaan jual beli emas, selain dan pemilihan artis serba itu dilihat sebagai tarikan kepada orang ramai untuk memilih emas sebagai simpanan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, selepas memperkenalkan inisiatif jual beli emas merangkumi kedai fizikal dan tawaran jualan dalam talian dengan konsep patuh syariah bulan lepas, pihaknya terus menganjurkan kempen seperti memperkenalkan rekaan baharu emas gold bar dan emas dinar yang kebanyakan sebelum ini hanya berbentuk petak dan bulat.
“Alif Satar dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi konsistennya sebagai artis serba boleh di samping mempunyai idea-idea baharu, dan positif.
“Istimewanya Alif Satar, dia selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.
“Makah dia juga antara penyimpan emas tegar dan itu bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia. Alif bukan sekadar membawa jenama ini, tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingannya.
“Sempena lantikan Alif Satar dengan kontrak sebagai duta selama 15 bulan bermula Mac ini, kami turut melancarkan Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf ‘Alif’ yang pertama di Malaysia.
“Di atas rekaan huruf itu, diukir dan tertera ‘hayya a’lal falah’ yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa & Memperkenalkan Duta Alif Satar di Forest Valley Hall, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Turut hadir pada majlis sama ialah Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia, Mohd Afiq Ahmad dan Pengurus Besarnya Norhana Osman.
Shahfizzam menambah, pihaknya turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.
“Lebih istimewa mereka yang membeli salah satu rekaan terbaharu jenama Alif Satar hari ini, berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram yang bernilai RM35,000.
“Kami akan sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran. Selain lantikan duta, kempen diteruskan dengan rekaan baharu mengikut musim, antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidil Adha dan sebagainya.
“GB Gold yakin kempen akan mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat namun kami akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara betul,” katanya.
Selain menawarkan kedai emas fizikal di Seksyen 13, Shah Alam Selangor, syarikatnya mendapat jualan antara tertinggi di Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian, tiktok.
“Kepada mereka yang berminat untuk menyertai rangkaian agen GB Gold Malaysia dialu-alukan kerana model yang ditawarkan memberi pulangan yang baik.
“Selain itu, sistem yang digunakan mampu menjana pendapatan pasif, bermaksud dengan usaha sekali, hasil berkali- kali melalui konsep Referral iaitu strategi pasaran yang popular ketika ini,” katanya lagi.
Untuk informasi lanjut, boleh layari laman rasmi GB Gold Malaysia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI