“Selamat Hari Raya… Mak Sayang Awak,” – Fauziah Nawi Kongsi Video ‘Tak Payah Balik, Mak Okay’, Lihat Para Selebriti ‘Sambut’ Ucapan Sayang Darinya

Share

Satu hantaran video pesanan masyarakat dari pelakon senior, Fauziah Nawi nyata mengundang sebak ramai, termasuk rakan selebriti.

Video yang dikongsikan menerusi platform Instagram miliknya itu antara lain menasihatkan anak-anak agar tidak perlu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal tahun ini.

Peka terhadap situasi semasa yang melanda seluruh dunia, bintang versatil itu turut berpesan agar semua mengamalkan kebersihan diri selain melalukan penjarakkan sosial.

“Tak payah balik, mak okay. Janganlah degil… Dah berapa tahun kita selalu sambut raya bersamakan? Kali ni je tak. Eh, nyawa tu lebih penting.

“InsyaAllah, nanti kita dapat bersama. Dah… Jangan nak nangis.

“Ingat, basuh tangan selalu. Jangan dekat-dekat dengan orang. Apa cakap orang putih… Ada distance, stay at home.

“Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin, mak sayang awak,” katanya dalam sepotong video yang kini sudah pun mendapat tontonan hampir 40,000 setakat ini.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi termasuk rakan selebriti yang ‘menyambut’ ucapan sayang dari bintang berusia 66 tahun itu.

Malah ada di antara ucapan yang ditinggalkan mendapat reaksi balas dari Fauziah Nawi sendiri.

Foto: Instagram Fauziah Nawi

Published by
MH