
Pemergian Titiek Puspa pada 10 April 2025 meninggalkan kesan mendalam terhadap penggiat dunia seni Indonesia.
Antara yang turut berkongsi rasa duka ialah penyanyi terkenal, Krisdayanti, yang hadir ke kediaman penyanyi veteran itu untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.
Menerusi hantaran di Instagram, Krisdayanti dilihat sugul dan bersedih dalam balutan busana rona hitam penuh dan didampingi oleh rakan-rakan penggiat seni yang lain.
“Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Selamat jalan Ibu Muzik Indonesia Titiek Puspa, sang legenda istimewa. Tempatmu teramat mulia, hingga akhir hayat mengabdi untuk seni dan budaya,” tulisnya.
Selain itu, figura berusia 50 tahun itu turut menyifatkan karya-karya yang dihasilkan oleh allahyarhamah sebagai sebuah karya yang abadi selamanya untuk Indonesia.
“Karyamu selamanya abadi untuk negeri yang sangat engkau cintai ini mamai. Salam cinta dan doa penutup kata ditiap pesanmu padaku,” akhirnya.

BACA JUGA: Titiek Puspa, Penyanyi Legenda Indonesia Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun
Meninggal pada usia 87 tahun, Titiek Puspa atau nama sebenarnya Sudarwati memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak 1950.
Bukan sahaja bergelar penyanyi, beliau juga merupakan seorang komposer serta pernah aktif dalam dunia lakonan dan membintangi puluhan filem dan sinetron.
Dua daripada lagunya iaitu Kupu-Kupu Malam dan Bing dinobatkan antara 100 lagu Indonesia terbaik sepanjang zaman oleh majalah Rolling Stone.
Imbas kronologi detik pemergiannya, pada 26 Mac 2025, Puspa telah dijemput untuk muncul dalam rancangan komedi sketsa Trans7 bertajuk Lapor Pak!.
Tidak lama selepas penggambaran tamat, beliau tiba-tiba rebah di studio dan dikejarkan ke hospital oleh kru TV Trans7. Puspa disahkan meninggal dunia di Hospital Medistra di Setiabudi, Jakarta Selatan, lima belas hari selepas diwadkan akibat pendarahan intracerebral.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto utama: Tribunnews
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI