Erra Fazira kini sedang menantikan detik untuk berangkat ke tanah suci, bagi mengerjakan haji.
Difahamkan primadona alaf baru itu telah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain.
Sementara itu menerusi Insta Stories juru solek merangkap sahabat kepada bintang berkenaan, Erra dilihat memeluk erat anak tunggalnya, Engku Aleesya sambil kyusuk mendengar alunan azan.
“Terdahulu, heroin Hingga Hujung Nyawa berusia 45 tahun ini menerusi laporan media menyebut, dia akan terbang ke Makkah selama dua minggu sendirian.
Malah, Erra mengakui sudah pendam hasrat untuk melakukan haji lebih lima tahun lalu.
“Lima tahun saya simpan hasrat dan ada syarat-syarat perlu dipatuhi, tahun ini masa sesuai tambahan pula usia pun dah layak.
“Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. Ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri, maklumlah tak ada mahram,” katanya seperti yang dipetik mStar.
Pada masa sama, Erra yang turut berdoa agar haji yang bakal ditunaikan kelak mendapat haji mabrur.
Foto: Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Minum ABC Dua Sudu Saja Untuk Aafiyah,” – Puteri Kini Genap 2 Tahun, Pengurus Tok Ti Imbau Saat ‘Racing’ Cari ABC Yang Tidak Cair!
Tanggal 19 Mac, genaplah dua tahun usia permata hati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid.
Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat si comel ini di ruang Instagram miliknya yang kemudiannya turut dikongsi kembali diva tersebut.
Kongsi Rozi, dia masih ingat sewaktu Siti mengidam mahukan ABC dan mahu menikmatinya ketika ia masih ‘keras’ dan tidak cair.
Namun lucunya, manisan tersebut hanya dijamah dua sudu sahaja.
“Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.
“Ketika dunia menyapamu Kali pertama,
Kau adalah kurnia, Di usiamu menginjak dua, Kau adalah syurga dan cinta. Mak Rozi, 19 Mac 2020.
“Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah.
“Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg.
“Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa.
“Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair.
“Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah. Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha.
“Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah,” tulisnya.
Rozi pada masa sama turut berdoa agar puteri kesayangan itu membesar sebagai anak solehah.
“Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha.
“Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina.
#aafiyahanakibu @ctdk,” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa disatukan pada Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2017 selepas 11 tahun berkahwin.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Problem Orang Kita Selalu Merasa Diri Ko Lebih Baik Dari Orang Lain,” – Tak Nak Tengok Boleh Unfollow, Azza Elite Tempelak Siapa?
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada pihak yang menegur mengenai tindakannya memuat naik beberapa promosi berbayar di Instagram (IG) miliknya.
Difahamkan, ia berkaitan dengan promosi iklan berbayar berkaitan untuk mencantikkan anggota tubuh wanita di laman IG selebriti berkenaan.
“This is my IG. I nak iklan apa ke thats not your problem! Problem orang kita selalu merasa diri ko lebih baik dari orang lain. Ko tengok sendiri diri ko.
“Always talk bad about others, look at you!! Yang merasa alim always bergadoh dengan orang. Always tulis yang buruk pasal orang. Just chill ok,” tulis posting yang dimuat naik Azza.
View this post on InstagramA post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzaelite) on
Sementara menerusi ruangan kapsyen pula, Azza turut menyentuh mengenai isu segelintir individu yang suka menghakimi orang lain.
“1st sekali sorry nk ckp ni . minta maaf sgt gais ..kak za rasa x best la org yg judge ppl ni . bnyk betul perangai ustaz madi skrg.. chill chill sudah.
“ko x nk tgk scroll laju laju tk pun unpollow sudeghhh. let me share with u gais.. there is a time ada org lain ni selalu buat baik thadap org lain tp tetap kena kecam jugek.,ni contoh perumpamaan chill chill aje syg ku ..sorry gais.
“Kekza syg semua.. maaf kan kekza sometime kena bersuara..jgn bimbang gais selagi kekza rasa x melampau bts bg je iklan gapo gapo k,” tulisnya.
Lalu, perkongsian tersebut turut menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ingin Mohon Maaf Kepada Semua Yang…,” – Azhar Sulaiman
Pelakon Azhar Sulaiman tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung susulan pendapat peribadinya berhubung isu tular melibatkan pendedahan seorang pelakon remaja, baru-baru ini.
Azhar menerusi Instagram hari ini bagaimanapun turut membariskan lima perkara yang menjadi pendiriannya iaitu;
“Salam Jumaat Semua……
Saya ingin mohon maaf kepada semua yang marah sangat kepada saya sejak dua tiga hari ni.
Apapun saya berpegang kepada:-
1-“Wajib bagi seorang Islam untuk menjaga Aibnya sendiri & Orang lain” – Ustaz Azhar Idrus.
2-”Regardless you Agama apa,it is a smart thing Not To Share Your Family Secret Openly” – Mami Azhar Sulaiman
3-When it comes to masalah maruah diri dan keluarga, selesaikan ia mengikut cara yang betul.
4-Aqish Uncle Har cares and love you and im sorry i have hurt your feelings.
5-Semoga Segala Urusan Aqish & Family Akan Allah swt permudahkan.
The End,” tulisnya.
Terdahulu, Azhar menerusi platform sama memberikan respons selepas menonton video temu bual bintang remaja terbabit bersama sebuah saluran YouTube yang disifatkan tidak mendatangkan kebaikan.
Memilih untuk tidak menontonnya secara penuh, aktor berusia 50 tahun ini turut mempersoalkan adakah tiada pihak yang menasihati pelakon itu sebelum membuat pendedahan berkenaan selain merasakan aib keluarga perlu dijaga.
Hantaran tersebut bagaimanapun sudah dipadam Azhar.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI