“Selamat Melahirkan Puteri Kami Yang Comel Macam Bapaknya,” – Teruja Dapat Baby Girl, Ini Kata Angah Raja Lawak

Share

Pelawak dan penyampai radio, Angah Raja Lawak telah berkongsi khabar berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Amira Asyura Abdul Razak telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Perkahabaran tersebut dikongsikan Angah menerusi satu hantaran di Instagram.

Bintang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi yang baru lahir.

“Alhamdulilah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel mcm bapaknya.

“Terima kasih semua atas doa2 dan ucapan kalian semua ya.. #keluargaiskandar

#3puteri @asyuraazak @nurrinafassha,” tulisnya.

Angah atau nama sebenarnya Iskandarshah Hashim mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Amira pada 19 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisyah, yang sudah hampir mencecah 2 tahun.

Menerusi pekahwinan terdahulu, Angah sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Nurina Fasya, 17.

Foto: Instagram Angah

Published by
Nazar Rafiqhi