
Awal semalam, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik sekeping fotonya yang sedang membuat persembahan.
Turut sama kelihatan menerusi foto yang dikongsikan menerusi Instagram itu ialah salah seorang anggotanya, AG Coco bersama kapsyen seakan-akan memberi bayangan terhadap sesuatu.
“Ni last aku post photo satu frame dengan AG. Selamat menjalani kehidupan baru bersama isteri dan tercinta brother. Hujan adalah satu journey yang sangat bermakna bagi aku,” tulisnya.
Kapsyen tersebut nyata membuatkan para Raingers memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen yang ditinggalkan.
Foto: Instagram Noh Salleh/AG Coco
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cuba Untuk Hubungi,”- Neelofa Akui Ada Hubungi Individu Yang Pernah Melukakan Hatinya Demi…

Sebagai bintang yang turut sinonim dengan dunia perniagaan, Neelofa mengakui ada ketikanya dia cuba menghubungi individu yang pernah melukai hatinya dalam usaha untuk berbaik kembali.
Pada masa sama, pendekatan tersebut dibuat hos program MeleTOP itu khusus bagi menjernihkan keadaan selain mengekalkan hubungan yang sedia terjalin.
“Sudah tentu, cumanya benda yang sedemikian saya tidaklah terlalu tunjuk di publik atau pun media sosial,” katanya kepada MH.
Menurut Neelofa lagi, dia cuba menghubungi kepada sesiapa yang pernah melukakan hatinya sebelum ini untuk berdamai, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan yang akan disambut beberapa hari lagi.
“Di mana yang saya ada kesempatan, saya cuba hubungi untuk neutralkan balik ketegangan ataupun benda-benda di masa silam ataupun kisah lalu yang kurang menarik bersama.
“Tahukah anda, ya saya ada lalukannya dan rasanya ia tak perlu diwar-warkan menerusi media sosial,” kongsi Neelofa jujur.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Terdahulu, bintang asal Kelantan ini ditemui pada majlis pelancaran eksklusif Naelofar x Guardian di pelancaran koleksi ‘tote bag’ musim panas istimewa.
Koleksi berkenaan telah didatangkan dalam tiga pilihan corak yang menawan seperti Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity.
Dengan setiap pembelian barangan Guardian bernilai RM20 untuk jenama terlibat dan juga belian RM30 untuk jenama lain, pembeli berpeluang mendapatkan ‘tote bag’ terhad itu dengan harga RM17.90 sahaja.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allahuakbar, Indahnya Sebuah Penghijrahan…,” – Pelakon Margaret Gan Peluk Islam Pada Usia 79 Tahun, Serina Redzuawan Terharu Syukur

Seniwati Margaret Gan sememangnya bukanlah satu nama asing bagi peminat drama tempatan.
Malah, baru-baru ini juga namanya kembali menjadi bualan selepas dia dikhabarkan telah memeluk agama Islam pada usia 79 tahun.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon, Serina Redzuawan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Allahuakhbar, indahnya sebuah penghijrahan, ibarat bayi yg baru di lahirkan semula bersih putih suci tanpa dosa.
“Subhanallah..benarlah Hidayah itu milik Allah SWT, bayangkan Seniwati Margaret Gan ni akhirnya memeluk agama Islam pada usianya 79 Tahun.
“Dari kisah yang Serina baca anak lelakinya Mohd Taufik Gan lebih awal memeluk Islam ketika usia 20an zaman belajar, malahan anak nya berkahwin dengan wanita islam dan kini mempunyai cucu. Mereka tinggal serumah bersama sama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Serina turut memaklumkan Margaret sebenarnya sudah terbiasa dengan rutin kehidupan sebagai seorang muslim memandangkan dia juga tinggal serumah bersama anak serta menantu.
Malah, dia juga tidak berasa kekok untuk mengenakan hijab selepas ini
“Aunty Margaret juga sudah biasa dengan kehidupan rutin sebagai orang islam kerana melihat anak serta menantu nya mendirikan solat, malahan dia juga tidak kekok bila dia kini wajib memakai Hijab.
“Kerana dia lihat menantunya memakai hijab setiap hari. Paling indah..bila dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan anak lelaki tunggalnya sendiri.
“Sebak sehingga menitis air mata anak lelakinya kerana selama ini dia tidak pernah mendesak ibunya memeluk agama Islam. Malahan kita semua juga tau Aunty Margaret juga popular di kaca tv dengan pelbagai drama melayu,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, anak kepada cef selebriti popular, Cef Wan ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga Margaret dapat terus istigomah dan menetapkan hatinya ke jalan Allah.
“Marilah kita sama mendoakan semoga Aunty Margaret Gan Istikhomah dan terus berdakwah supaya lebih ramai lagi yang akan memeluk Agama Islam Allahuakhbar! Tahniah Aunty Margaret Tan.
“Sungguh terinspirasi dengan penghijrahan Aunty. Kebetulan beberapa bulan lepas Seniman ada anjurkan program Bengkel Lakonan, Serina sebagai Moderator. Aunty pun ada sama dalam kelas tu.
“Keperibadian yang sangat terpuji. Rajin belajar, menghormati org lain , merendah diri dan sering tersenyum orangnya. Maka Allah pilih insan yg berhati mulia ini utk di beri hidayah,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut.
Sekadar informasi, Margaret telah memulakan karier lakonan secara tidak sengaja pada usia lewat 20-an apabila sebuah syarikat produksi mencari pelakon berbangsa Cina.
Diawal pembabitan di dalam dunia seni, Margaret membuat kemunculan sulung menerusi drama, Kemarau Di Hujung Daun sebagai pelakon tambahan. Ini disusuli Dengan Keringat Aku Ingat dengan peranan lebih besar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Serina Redzuawan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Beb Dekat Sinilah Saya Membesar…,” – Alif Satar Rupanya Budak Flat, Sebelum Duduk UK

Selebriti versatil, Alif Satar tidak melupakan asal-usulnya yang pernah mendiami kediaman flat ketika di awal usianya.
Berkongsikan kenangannya itu di laman Instagram miliknya, Alif, 33, berkata dia sekeluarga pernah menetap di sebuah flat di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dari tahun 1990 hingga 2000.
“We lived here from 1990 sampai saya darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.
“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000.. barulah pindah ke Hartamas,” tulis di ruangan kapsyen.
Menurut Alif lagi, dia seronok dapat membawa ketiga-tiga anaknya untuk melihat kembali tempatnya membesar.
“Beb, dekat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu.. macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawa anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun masih ada lagi kat sini!
“Kind, loving people they all are and I wish them all the best,” tulisnya lagi.
Menerusi posting yang sama juga, penyanyi lagu Anugerah Terindah itu turut berpesan kepada pengikutnya agar jangan sesekali melupakan asal-usul masing-masing.
“Tidak kira sudah tinggi mana kejayaan yang kamu kecapi, jangan sesekali lupa asal-usul kamu.
“Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.. hargai dan sentiasa ingat insan-insan yang telah membantu sepanjang kamu menjalani kehidupan,” tulis Alif lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI