“Selamat Pengantin Barulah. Tidak Dapat Pergi Pun, Tak Ajak,” – Naim Daniel Menitis Air Mata. Dedah Wanita Di Balik Sumpah

Share

Penghayatan yang cukup menyentuh rasa dan siapa sangka, Sumpah rupanya berkisar mengenai cinta pertama Naim Daniel yang kecundang di tengah jalan.

Luahan rasa yang dimuat naik menerusi program Begitu Begini DJ Nazz yang bersiaran di laman youtube ini berkisar mengenai wanita yang dikenali sejak zaman persekolahan, namun putus akibat tekanan keluarga.

“Saya berkenalan dengan seseorang daripada tahun 2013 dan kami berpisah penghujung 2017. Dan saya tidak pernah ada sebarang kesan yang betul-betul mendalam bila bercinta dan ini adalah cinta pertama saya.

“Orang boleh katakan, saya masih budak kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai cinta. Namun kesedihan setiap orang berbeza-beza.

“Kami saling mencintai namun keluarga tidak berapa setuju,” luahnya.

Menitiskan air mata saat mendedahkan bekas kekasih baru sahaja mendirikan rumah tangga baru-baru ini, lelaki berusia 21 tahun ini mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut.

Dia baru sahaja berkahwin minggu ini. Tapi saya reda dan sudah lepaskan. Saya percaya dia seorang yang baik dan saya hormat dia. Saya cuma mengharapkan kebahagiaan untuknya.

“Saya pun berhak bahagia mungkin dengan cara lain.

“Saya tidak pasti sama ada dia berbangga dengan kejayaan Sumpah sebab saya dah lama tidak berhubung dengan dia. Sesuatu jalan itu sudah tertulis begini dan saya percaya mungkin jodohnya dah datang begitu. Tak apalah.

“Selamat pengantin barulah. Tidak dapat pergi pun, tak ajak pun.

Saya percaya apa sahaja yang berlaku dalam perhubungan kita, menjadikan kita pada hari ini. Menjadikan saya dan dia sebegitu rupa. Jadi macam mana pun saya nak awak tahu, saya akan tetap hormat awak.

“Tidak kira macam mana, apa yang kita terima atau yang kita lepaskan, saya tetap akan hormat awak,” kata Naim seakan-akan melepaskan beban sambil menahan takungan air mata daripada jatuh.

Mahu terus fokus kepada keluarga dan kerjaya, namun dia tidak mampu menyembunyikan sebak yang bersarang di hati.

“Saya sudah lama tidak rasa sedih begini kerana saya sudah tolak ketepi semua perkara. Saya hidup dengan apa yang saya ada sekarang. Saya fokus dengan keluarga dan kerja.

“Saya fokus dengan orang yang percaya untuk apa yang saya lakukan. Saya sudah tolak tepi cuma,” katanya tidak mampu menghabiskan kata.

Foto : Youtube DJ Nazz

Published by
Noraini Abd Wahab