Saluran televisyen NTV7 tidak akan lagi bersiaran di kaca tv selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan saluran khas televisyen pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM, bermula 17 Februari.
Difahamkan, saluran tv tersebut bakal diambil alih sepenuhnya oleh DidikTV selepas pihak KPM ingin meningkatkan akses dan kualiti pendidikan bagi semua murid di seluruh negara.
Lalu, selebriti terkenal, Che PuanSarimah Ibrahim ada merakam memori selepas mengetahui saluran NTV7 tidak akan lagi bersiaran di kaca televisyen di negara ini.
Sarimah yang memulakan karier seni pertamanya bersama saluran tersebut mengimbau kenangan yang dilaluinya seawal tahun 1998.
“Goodbye ntv7malaysia .. i started my TV career here.. hosting the Launch Of NTV7 April 7th 1998.
“With Rosyam Nor and Hairie Othman, then on to hosting my own Kids@7 Show, The RIM Chart shows.
“The TV series Maka Diciptannya Perempuan… Bella Talk Show…and so much more..The memories live on…. i still… Feel Good……Tiara Jacquelina thank you all…,” tulis Sarimah menerusi laman media sosial Facebook miliknya.
Saluran DidikTV KPM akan bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi.
Foto: Facebook Sarimah Ibrahim