“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Temanku Dunia & Akhirat,” – Genap Setahun Bergelar Suami Isteri , Indahnya Ucapan Wan Emir Astar Buat Mira Filzah

Share

Suami kepada pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, Wan Emir Astar menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan genapnya ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Menurut Emir, selepas genap setahun melayari bahtera perkahwinan, kini dia dan Mira semakin percaya bahawa mereka sememangnya sudah ditakdirkan untuk melengkapi jiwa masing-masing.

“M is for Marriage, Mawaddah, Miracles, and More, ..foreverMore. One year on Syurgaku @mfmirafilzah, and yes indeed my love, we found out that we do complete each other, syukur Alhamdulillah. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Temanku Dunia dan Akhirat,” tulisnya.

Ucapan penuh makna tersebut dikongsikan sendiri oleh Emir menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Emir yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun mendoakan kesejahteraan perkahwinannya selama ini.

“Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua atas ucapan dan doa buat kami berdua, moga Allah SWT memberkati kalian semua dengan segala kebaikan yang didoakan buat kami juga.

“Dan tidak terkata terima kasih Emir dan Mira buat Ibu, Mak dan Abah atas restu mereka.. Kasihanilah mereka Ya Rabb,” luahnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan agar perkahwinan Emir dan Mira akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Happy anniversary brotherku dan Mira Filzah. Semoga bahagia till jannah.

“Happy anniversary Emir dan Mira. Semoga hubungan berkekalan hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

“Happy anniversary Mira Filzah and your husband. Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke syurga Allah. Ameen.

“Hopefully second anniversary mungkin ada Emir Amirah junior. Ameen,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sementara itu, bersempena dengan hari istimewa tersebut, Mira turut dilihat telah memuat sebuah video yang memaparkan momen-momen main sepanjang bergelar suami isteri.

Untuk rekod, Emir dan Mira telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 3 September 2020 yang lalu.

Sumber: Instagram Wan Emir Astar & Mira Filzah

Published by
Aizam Manaf