Berita

“Selamat Ulang Tahun Suamiku,” – Kejutan Mas Idayu Sambut Birthday Suami Dalam Studio!

Share

Penyanyi Mas Idayu tampil membuat kejutan bersempena dengan hari jadi suaminya yang juga penerbit eksekutif, Muhammad Sufian Che Isa, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan penyanyi Cintaku 100% ini, dia dilihat membawa kek secara buat suami tersayang sejurus lagu hari jadi dinyanyikan.

“Selamat ulang tahun buat suamiku. Sorry tak sempat buat proper, sebab tadi sayang buat muzik-muzik kan.

“Mummy doakan darling dalam kesihatan yang baik , rezeki yang melimpah, semoga segala impian sayang terlaksana.

“Thank you to all masterminds who helped mummy, for this little surprise! Cayang cemua,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut tumpang memberikan memberikan ucapan selain mendoakan yang baik-baik buat pasangan selebriti ini.

Terdahulu, Mas Idayu dan Sufian mendirikan rumah tangga pada 16 September 2022 di Kuala Lumpur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH