
Pempengaruh dan usahawan muda, Anes Ayunie Osman, 23, mencuri perhatian selepas videonya yang dilihat mahu membeli emas seberat 15 kilogram (Kg) mulai tular di media sosial sejak semalam.
Dalam rakam yang tumpabg bangga, tindakannya itu bagaimanapun turut mencetuskan kecaman dalam kalangan netizen apabila ada yang menyifatkan pembelian tersebut sebagai satu bentuk riak dan menunjuk-nunjuk.
Menerusi sebuah video yang tular itu, Ayunie berkongsi hasratnya untuk memiliki emas dalam jumlah besar kerana bimbang dengan kemungkinan kenaikan harga emas pada masa akan datang.
“Saya nak emas dalam 15kg. Sebab saya ini takut harga emas naik lepas hari ni. Jadi nak ‘lock’ terus 15kg,” katanya.
RM2.5 Juta Dibelanjakan
Pada awalnya, Ayunie merancang untuk membuat pembelian tersebut secara peribadi dan tertutup. Namun, rakaman pembelian itu menjadi perhatian apabila dikongsikan di media sosial.
Pada hari kejadian, Ayunie hanya berjaya mendapatkan 6kg emas terlebih dahulu, manakala baki 9kg itu difahamkan akan diperoleh pada keesokan harinya.
Anggaran jumlah bayaran bagi 6kg emas sahaja mencecah RM2.5 juta, sekaligus memperlihatkan keupayaan kewangan Ayunie dalam melabur pada aset berharga ini.
Dalam rakaman sama, Ayunie turut dilihat teruja memilih beberapa koleksi barang kemas lain sepanjang sesi pembelian berlangsung.
Pelaburan Jangka Panjang
Dalam pada itu, Ayunie yang membeli emas dalam jumlah yang besar turut mencetuskan perbincangan mengenai pelaburan emas sebagai aset jangka panjang.
Ada yang memuji langkahnya sebagai strategi bijak dalam memastikan kestabilan kewangan pada masa hadapan.
Namun, tidak kurang juga yang mengecam dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai membuang duit dan sekadar mahu menunjuk kemewahan.
Apa pun pandangan netizen, keputusan Ayunie memborong emas tetap menjadi topik perbualan hangat, membuktikan pengaruh besarnya dalam dunia perniagaan dan media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI