Selamber Berhabis RM200k Beli Beg Chanel Untuk Isteri, Aliff Syukri ‘Sentap’ Orang Rumah Macam Tak Hargai

Share

Berkongsi paparan mesej perbualan di Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini berada di Jakarta memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Shahida akan hadiah yang telah dibelikan.

Namun berlaku respon yang diberikan tidak seperti yang diharapkan dari si suami.

Bercerita mengenai hadiah berupa beg tangan mewah, namun Shahida dilihat tidak memberikan fokus atau reaksi gembira kerana sibuk berniaga, cari rezeki.

“I baru je habis belikan u beg @chanelofficial rm200k. u x hargai pun. apa lah masalahyee,”

luahnya.

Melihatkan situasi yang berlaku menerusi perbualan WhatsApp yang didedahkan, netizen mengandaikan isteri kepada penyanyi Bobo Di Mana ini tidak merestui perjalanan karier di Jakarta.

Malah, ulas mereka, Aliff seharusnya lebih memberikan perhatian dan kasih sayang daripada memberikan kemewahan harta benda.

Perhatian dan kasih sayang suami sudah cukup memberikan kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

Published by
Noraini Abd Wahab