Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, penyanyi dan penyampai radio Haiza ada menitipkan kata nasihat di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, bintang ini menyarakan agar kita perbanyakkan selawat buat nabi junjungan, Muhammad S.A.W.
“Selamat berhujung minggu. Apa plan minggu ni? Esok 12 Rabiulawal 1441H Maulud Nabi. Selawat banyak-banyak buat nabi junjungan kita Muhammad S.A.W
“Moga kita semua terus diberi kesihatan yang baik.Kesihatan itu juga rezeki.Insya’allah, #dontstressyourself #ilovemyself,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by حيزا (@haizahanafi) on
Semoga perkongsian dan ingantan dari Haiza ini dapat dimanfaatkan semua.
Sekadar informasi, Haiza dilahirkan pada 2 Februari 1980 di Pontian, Johor.
Foto: Instagram Haiza Hanafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Teruskan Berdoa, Mana Tahu Kami Memang Jodoh,” – Finalis Hero Remaja 2023, Evertts Gomes Ulas Hubungan Dengan Syasya Dolla
Selepas kerap dilihat bersama ketika mengadakan sesi siaran langsung di platform media sosial, finalis Hero Remaja 2023, Evertts Gomes akhirnya membuka mulut mengenai hubungannya bersama salah seorang anggota Dolla iaitu Syasya.
Menurut Evertts, dia dan Syasya sekadar berkawan dan perkenalan mereka bermula selepas drama pendek lakonannya tular di media sosial.
“Kami hanya berkawan baik. Saya dan Syasya mula rapat ketika video lakonan saya viral di media sosial. Dalam video tersebut, saya berlakon menjadi peminat Syasya Dolla.
“Kamudian, bila kami mula bersembang, rupanya kami banyak persamaan. Kami makin selesa untuk berkawan. Tiada apa yang istimewa pun,” katanya kepada MH.
Anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini berkata sedemikian sejurus pentas akhir, Hero Dewi Remaja 2023 baru-baru ini.
Evertts bagaimanapun mengakui tertarik dengan perwatakan Syasya yang lemah lembut bila berbicara.
“Saya selesa berkawan dengan Syasya kerana dia juga orang industri walaupun kami dalam bidang yang berbeza. Dia seorang penari dan saya juga pernah menjadi penari satu ketika dahulu.
“Saya suka cara dia bercakap. Sangat lemah lembut. Itu yang membuatkan saya tertarik,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Evertts yang baru sahaja muncul menerusi telemovie, Crush Pilihan Mama tidak menolak andai dia dan Syasya berjodohan satu hari nanti.
“Buat mereka yang sering doakan kami, teruskanlah berdoa. Mana tahu satu hari nanti memang kami ditakdirkan untuk dijodohkan.
“Namun, kalau tiada jodoh, kami tetap akan berkawan. Anda akan tetap melihat kami sebagai satu pasangan duo,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Evertts bersyukur kerana sudah menerima beberapa tawaran berlakon meskipun program Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja berakhir.
“Sejujurnya memang ada perasaan sedih apabila tak berjaya ke peringkat Q&A. Namun, tak mengapa sebab saya sudah buat yang terbaik. Ini bukan pengakhiran tapi baru permulaan.
“Saya juga bersyukur kerana saya sudah pun mempunyai beberapa tawaran berlakon pada tahun 2024. Telemovie lakonan saya juga baru sahaja ditayangkan.
“Penantian selama lapan tahun nyata membuahkan hasil. Akhirnya ada penerbit yang melihat bakat saya. Mungkin pertandiangan saya bukan di sini tapi di luar sana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ia Sesi Fotografi Pertama Dan Terakhir Saya,” – Tak Akan Jadi Model, Pavithra Selesa Jalani Rutin Biasa, Memasak & Berkongsi Video Di YouTube
YouTuber popular, S. Pavithra, yang sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan wajah dan penampilan berbeza menerusi sebuah sesi fotografi baru-baru ini mengakui ia hanya memenuhi permintaan portal berkenaan.
Jika ada pihak yang mulai terfikir dia mahu berjinak-jinak dengan dunia peragaan yang glamor, Pavithra menerusi Berita Harian memberitahu dia lebih selesa dengan rutin kehidupan biasa.
“Saya hanya penuhi permintaan portal. Ia menjadi sesi fotografi pertama dan terakhir saya.
“Tidak terfikir menjadi model atau apa sekalipun… Saya tak akan jadi model. Saya mahu terus lakukan rutin seperti biasa dengan memasak dan berkongsi kandungan di YouTube, selain jadi ibu dan isteri,” katanya seperti yang dipetik.
Pavithra turut menjelaskan, dia hanya orang biasa.
“Saya orang biasa. Saya selesa dengan status itu. Saya sebolehnya menolak hendak ditemubual di televisyen (TV),” kata wanita berusia 28 tahun ini lagi.
Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberi reaksi terhadap soal perubahan hidup yang dilaluinya ketika ini.
Sambil bersyukur kerana percubaannya dalam dunia masakan di media sosial diterima baik, dia bertuah kerana mendapat sokongan keluarga.
“Saya mula berjinak-jinak dengan dunia YouTube sejak 28 Januari lalu. Saya lakukannya dengan sokongan suami, anak dan keluarga.
“Pada awalnya, saya tidak yakin, apakah orang akan suka cara saya memasak. Saya terfikir ada tak orang hendak tengok video memasak saya?
“Tapi sesuatu yang tidak terduga, sambutan diterima sangat positif dan menggalakkan. Mahu buka akaun YouTube ini pun kena ada syarat termasuk mendapatkan 1,000 pelanggan. Dalam hati terfikir, boleh tak dapat 1,000 pelanggan?
“Namun, akhirnya semua tersusun cantik di depan mata,” katanya.
Setakat ini, saluran YouTubenya yang menggunakan nama Sugu Pavithra sudah pun memiliki lebih 730,000 pelanggan.
“Kenapa ramai yang suka cara saya memasak dan berceloteh? Saya dengar ada orang suka cara saya bercakap bahasa Melayu dengan baik selain gaya penyampaian biasa dan merendah diri.
“Apapun, saya bersyukur dengan rezeki ini. Saya pun bukan orang kaya. Dapatlah berkongsi rezeki dengan keluarga hasil pendapatan di YouTube,” jelas Pavithra yang turut menafikan dia memiliki akaun Instagram (IG) dan media sosial lain.
“Saya hanya ada satu akaun Facebook dan YouTube. Akaun media sosial lain itu semua palsu,” akuinya.
Sumber/Foto: Berita Harian/ IG Razzi Musa, YouTube
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak AR Badul Mati Tertembak. Baju Kalis Peluru Tembus
Menerusi laman Facebook Story Angkatan Tentera Malaysia, anak kepada pelakon veteran, AR Badul meninggal dunia semasa melakukan demonstrasi akibat terkena tembakan raifal.
Mejar Mohd. Zahir Armaya,36, dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa latihan di Sabah , pukul 9.20 pagi.
“Mej zahir (anak badul) meninggal semasa buat demo kt sabah pagi ni.. sama2 kite sedekahkan Al-Fatihah kpd sesiapa yg mengenali arwah… Bju kalis peluru tembus ms buat face to face..
“Utk mklmt Peg 11 Rgk, Mej Zahir b Armaya baru shj mnghembuskn nafas di Hospital Queen Elezbeth Kota Kinabalu pd 0920 pg td sempena Paluan Berundur Mk Bgd ke 5 Infantri di Kem Lok Kawi. Mohon semua unit di bwh naungan 21 GGK menurunkan bendera GGK separuh tiang. Sama2 kita doakn semoga arwah ditempatkn di dlm golongan yg beriman,” kongsi laman Facebook tersebut.
*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*1. No, Pkt, Nama : Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490)2….
Posted by Story Angkatan Tentera Malaysia on Tuesday, 3 September 2019
*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*1. No, Pkt, Nama : Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490)2….
Posted by Story Angkatan Tentera Malaysia on Tuesday, 3 September 2019
Allahyarham Mejar Mohd. Zahir yang telah berkeluarga merupakan pegawai di pasukan 11 Rejimen Gerak Khas.
Foto : Facebook Story Angkatan Tentera Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI