“Selebihnya Berserah PadaMu,” – Selesai Jalani Prosedur ‘Embryo Transfer’, Siti Elizad Gementar Tunggu Keputusan

Share

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad ada berkongsi perkembangan terkininya mengenai sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalaninya.

Menurut Elizad, dia baru sahaja selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ dan kini sedang menantikan keputusan yang berikutnya.

“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.

“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.

“Terima kasih Dr @dr.azlin dan @sophea_fertility dan semua nurse yang banyak membantu menenangkan saya tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan arti memberikan kata-kata peransang selain turut mendoakan yang terbaik buat Elizad.

Terdahulu, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan kini masih menantikan zuriat sulung mereka.

Sumber: Instagram Siti Elizad

Published by
Aizam Manaf