Baru-baru ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita penangkapan penyanyi dan pelakon berbakat besar, Ardhito Pramono atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Insiden tersebut ternyata mendapat pehatian meluas seluruh rakyat di negara seberang itu.
Antara yang turut memberikan respon terhadap perkara tersebut termasuklah personaliti televisyen popular Indonesia, Deddy Corbuzier.
Menurut Deddy Corbuzier, dia sebenarnya sudah agak jemu dengan layanan ‘double standard’ yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Indonesia terhadap mereka yang ditangkap akibat kes dadah.
Katanya lagi, sekiranya seseorang selebriti atau individu itu memiliki penampilan yang menarik dan mereka ditahan kerana dadah, layanan yang diberikan pastinya berbeza.
Malah, mereka juga akan dihujani dengan kata-kata semangat dan menganggapnya sebagai satu kesalahan yang biasa.
“Ardhito Pramono ditangkap kerana dadah dan kebetulan dia memiliki wajah yang ‘good looking’. Sama juga seperti kes-kes terdahulu melibatkan selebriti seperti Jefri Nichol dan Rizky Nazar.
“Namun, komen-komen netizen pula semuanya baik-baik sahaja. Bagi kata-kata semangat. Ucap ‘come back stronger’ dan ‘ini hanya cubaan’. Itu disebabkan ‘Good Looking’,” katanya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pemilik program Close The Door Corbuzier Podcast itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Deddy Corbuzier turut menambah, layanan yang berbeza akan diberikan sekiranya mereka tidak mempunyai penampilan yang menarik.
Malah, mereka juga akan menerima kecaman yang dasyat di atas perbuatan mereka itu.
“Cuba kalau muka lu ‘kurang’ (not good looking). Sebelum ini, Coki (Coki Perdede) pernah ditangkap tetapi netizen kata apa? ‘Mampus’ dan ‘makan itu dark jokes’.
“Seperti Uus (Rizky Firdaus Wijaksana) dan Young Lex, meski pun mereka tidak mengambil dadah tapi mereka tetap dituduh. Siap bertanya lagi kepada pihak berkuasa bilakah mereka akan ditangkap?,” kongsinya lagi
Dalam pada itu, Deddy Corbuzier turut menyifatkan ‘keistimewaan’ ini adalah satu budaya yang tidak sihat buat rakyat di Indonesia
“Itu sebenarnya adalah privilege menjadi good looking di Indonesia. Jadi, kalau anda masih hidup dan tinggal di Indonesia dan muka anda kurang, lebih baik anda berdiam diri sahaja. Urus hidup baik-baik. Hidup santai-santai sahaja.
“Tapi kalau anda good looking, hidup anda bebas. Privilege anda juga bagus. Tapi bagi yang tidak ‘good looking’, kelebihan anda akan kurang,” akhirinya.
Menlihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap kenyataan yang diberikan oleh Deddy Corbuzier itu.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan.
Sekadar informasi, Ardhito yang popular menerusi filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dan Story Of Kale: When Somenone’s In Love ditahan di rumahnya di daerah Jakarta Timur pada petang Rabu.
Polis mengesahkan pihak mereka telah pun menjumpai dadah jenis ganja namun masih belum ada maklumat lanjut kerana siasatan masih lagi berjalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Deddy Corbuzier & Ardhito Pramono