Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh menggengam trofi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar ke-95 pada awal pagi Isnin ternyata menjadi inspirasi dan kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.
Kemenangan yang diraih menerusi lakonan cemerlang Michelle, 61, menerusi filem Everything Everywhere All At Once itu turut mendapat pelbagai ucapan tahniah daripada orang ramai termasuk selebriti tanah air yang cukup berbangga dengan kejayaan anak jati kelahiran Ipoh, Perak itu.
Antara yang mendedikasikan kemenangannya itu ialah pelakon Nur Fazura, Alif Satar, Sharifah Shahira, Dr Soo Wincci dan Chef Wan.
“Sangat teruja dengan pencapaian yang diraih oleh kamu dan saya sangat berbangga dengan kamu,” tulis Fazura menerusi posting di laman Instagram miliknya.
“Tak pernah aku sangka, satu hari boleh tengok orang Malaysia menang Oscars. Amazing history, tahniah!” tulis Alif Satar.
Ads
“Dream big, have dreams, tahniah,” tulis Dr Soo Wincci.
“Kerja usaha dari muda, hasilnya… don’t give up everyone. Yang penting baik dengan mak, siapa ada mak, tak kira kerja apa ya, bukan berlakon sahaja. Congrats Tan Sri,” coret Sharifah Shahira.
“Pelakon Asia pertama menang kategori Pelakon Wanita Terbaik sepanjang 95 tahun penganjuran Anugerah Oscar. That’s a big wow! Tahniah!,” titip Chef Wan sambil memuat naik gambarnya bersama Michelle suatu ketika dahulu.
Kejayaan Oscars ini merupakan pelengkap buat Michelle yang sebelum ini turut memenangi trofi bagi kategori sama menerusi Anugerah Golden Globes, Screen Actors Guild dan Indiependent Spirit Awards.
Ads
Anugerah Oscar ke-95 berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles. Ia dihoskan oleh Jimmy Kemmel.
Michelle menewaskan empat pesaingnya iaitu Cate Blanchett, Ana De Armas, Michelle Williams dan Andrea Riseborough.
Sebelum ini, majalah terkemuka dunia, Time turut mengiktiraf Michelle sebagai Ikon Tahun 2022 di atas kejayaan perjalanan seninya sebagai bintang Hollywood yang bersinar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa kesal dengan segelintir sikap individu tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan tandas awam.
Dia pada masa sama turut meminta golongan wanita untuk sama-sama menjaga. Perkara ini telah dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram.
“Sapa masuk tandas awam harap cucilah, pamlah, jiruslah. Kau dah kencing berak, lagi-lagi yang period. Kau tak malu ke darah darah kau buang merata.
“Walaupun tandas awam tu orang perempuan jer masuk,tapi kau tu jagalah, jangan jadi pengotorlah.
“Masuk jer tandas tengok kencing kuning-kuning tak pam. Eee ko ni jenis pompuan apa yea,” tulisnya.
Zarina turut memberikan nasihat dalam soal etika menggunakan tandas awam.
“Kalau masuk tandas, cuci dulu bekas-bekas orang duduk apa tu. Siramlah, dah abis pun kau siram, pamlah. Lepas tu semburlah mintak wangi kau yang mahal tu.
“Wangi camana pun berak kau busuk jugak. Adoi tension aku lah. Kalau anak aku… Anak aku yang oku tu pun tahu pam tandaslah..,” tulisnya lagi.
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Alvin Chong, dia ada berkongsi cerita dan pendapat bersama peminatnya.
Bintang drama bersiri Dia Semanis Honey ini memaklumkan dirinya telah menjalani kehidupannya berdikari selama 12 tahun.
“Saya telah menjalani hidup saya sendirian selama 12 tahun yang lalu.Saya sentiasa mampu menjaga diri saya sendiri.
“Walaupun saya sakit, saya akan sentiasa menyeret diri ke hospital untuk dirawat,” dedahnya.
Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini turut meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap dirinya jika bersendirian.
“Dengan banyak insiden yang berlaku di industri akhir-akhir ini, tiba-tiba saya terfikir, apa yang akan berlaku jika suatu hari saya kehilangan semua kekuatan saya ketika di rumah, bersendirian? Ia hanya metafora, tetapi agak menakutkan,” tulisnya.
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri telah membawa salah seorang anak lelakinya, Ibraheem Adham atau lebih mesra dengan panggilan Baem untuk berkhatan di sebuah klinik swasta, pada Jumaat.
Lalu, Aliff ada berkongsi momen tersebut bersama pengikutnya menerusi hantaran di Instagram.
Usahawan berusia 34 tahun ini juga sempat mengimbau kenangan serta proses berkhatan pada zaman dulu yang nyatanya berbeza dengan teknik masa kini.
“Hari ni abang bawa Anak Abang @baemadhamterlajaklaris untuk pergi bersunat.
“Pengalaman Sunat masa kini, sangat moden dan tak sama macam zaman dulu. Bila throwback zaman dulu, teringat Jahitanan kat konek yg mengerikan, siap berdarah-darah.
“Sekarang smua main leser dan mesin. Darah pun tak ada. Hebatkan? Terima kasih kepada Doktor @klinikdrhasbi yang telah menyunatkan anak saya, servis terbaik.Terima kasih
“Untuk melihat sambungan video ni, boleh pergi ke Youtube Tv Terlajak Laris,” tulisnya.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian warganet dan ada yang turut memberikan pandangan masing-masing.
Sekadar informasi, Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida berkahwin pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!