Penglibatan golongan selebriti termasuk artis sebagai wajah wakilan atau pelaris pemasaran sesebuah jenama hanyalah berkesan jika peniaga tahu perancangan yang tepat berdasarkan pengetahuan dalam ilmu perniagaan.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata asas pemasaran ialah apabila pengguna sedar dan tahu mengenai kewujudan sesebuah perniagaan yang mampu menarik perhatian mereka.
“Paling penting ialah orang nampak, percaya dan suka dengan produk kita, kemudian baru mampu membuatkan mereka membeli.
“Saya juga percaya usahawan perlu ada ilmu berkaitan perniagaan yang memambantu mereka merencana pemasaran dengan lebih baik dan mencapai sasaran,” katanya.
Radz menjelaskan mengenai perkara itu di dalam sidang media sempena Program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH2023) anjuran RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) yang di Setia City Convention Centre, Setia Alam, pada Sabtu.
Ads
Tambah Radz, golongan selebriti ialah satu daripada kaedah pemasaran yang boleh digunakan namun pada masa yang sama apa yang lebih penting ialah memastikan usahawan faham cara untuk mencapai objektif yang diinginkan.
“Seperti saya katakan tadi, selebriti adalah satu daripada kaedah yang boleh digunakan, tetapi ada cara lain yang juga efektik dalam pemasaran. Apa yang penting kena ada pengetahuan serta ilmu mengenai perniagaan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan mengenai terdapat usahawan yang melahirkan rasa kecewa apabila melaburkan duit hingga ratusan ribu ringgit pada golongan selebriti untuk tujuan promosi pemasaran namun gagal serta tidak memberikan impak.
Terdahulu, Radz berkata lebih 6,000 orang menyertai program NUH2023 selama tiga hari yang merupakan inisiatif mentor usahawan terkenal, Datuk Dr Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023.
Ads
“Kami sendiri gembira dengan bilangan yang hadir selepas program ini diadakan semula pasca pandemik. Ia satu isyarat yang sangat baik di mana semua pihak bersemangat untuk menaik taraf hidup masing-masing selepas kita diuji dengan pandemik Covid-19.
“Paling menarik 70 peratus mereka yang hadir ialah golongan berumur 30 tahun ke bawah iaitu golongan muda yang bersemangat tinggi dan agresif untuk mengubah nasib mereka,” katanya.
Tambah Radz, peserta-peserta NUH akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.
Ads
“Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmu dan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008,” katanya.
beliau berkata RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, kata Radz.
RichWorks juga dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan.
RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara online mahupun program secara bersemuka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Yasmin Suraya ada menitipkan ucapan terindah buat suami tercinta, Sha’ arin Razali bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan semalam.
Luah Yasmin seperti yang dipetik menerusi Instagram, meski dirinya tidak tahu apakah yang akan berlaku untuk tempoh yang akan datang, namun dia berdoa agar dirinya sekeluarga berada dalam keadaan baik harmoni.
“8 years ago today, kita diijabkabulkan. 8 years ago we didn’t know we will have 2 beautiful boys today.
“We will not be certain what will happen in the next 8 years or more, but I will pray Allah bless our little family with love, health, abundance, wisdom, freedom and happiness. Happy 8th anniversary sayang. I love you. I love us,” tulisnya.
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan kepada sahabatnya yang juga aktor, Fattah Amin sebagai tuduhan sangat berat.
Menurut Pekin, sepanjang menjalani penggambaran bersama baru-baru ini, Fattah bukanlah lelaki yang suka bercakap mengenai wanita lain apatah lagi berlaku curang.
“Kami menjalani pengambaran lama bersama pelakon dari Indonesia. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita.
“Sampai waktu solat, hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Katanya lagi, meski sibuk bekerja, namun Fattah sering meluahkan perasaan merindui isteri dan anak, Nur Fatima Aisya.
“Kami luang masa bersama. Tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya. Tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau.
“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Mat Motor ini turut berharap agar Fattah diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
“Hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah dan kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ni.
“Mintak jauh hal-hal macam ni. Aku team Fattah, korang?” katanya lagi.
Terdahulu, Fattah dan isterinya yang juga merupakan pelakon, Nur Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, jam 9.45 pagi Isnin.
Selepas bercerai, Nur Fazura mendakwa beberapa perkara, antaranya berlaku curang dan culas memberi nafkah untuk mereka sekeluarga.
Pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Sufi Rashid mendedahkan bahawa hubungannya bersama keluarga di Singapura kini semakin baik.
Menurutnya, segala kekeliruan yang berlaku satu ketika dahulu telah pun diselesaikan dengan cara yang matang.
“Hubungan saya dengan keluarga tidaklah seteruk dulu, semuanya dah settle.
“Saya tidaklah selalu nak fikirkan sangat tapi pada awal-awal dulu saya sedar, bukan senang nak fahamkan keluarga lebih-lebih lagi bila berkecimpung dalam industri seni.
“Saya kongsi macam ni orang lain kongsi benda lain. Bila lama-lama saya cuba fahamkan dan terangkan pada mereka, mereka mengerti juga,” katanya.
Menyifatkan pandemik COVID-19 membataskan pergerakkannya, Sufi menjelaskan dia akan membawa isterinya pulang ke Singapura sebaik sahaja keaadan beransur pulih.
“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Tiadalah tertekan sangat. Selepas berkahwin kita ada jumpa.
“Sejujurnya, kami sedang menunggu COVID-19 ni reda dan betul-betul pulih. Kami akan pulang berjumpa dengan keluarga kami di Singapura.
“Ini adalah keutamaan kami setelah semuanya kembali seperti asal,” jelasnya kepada MH.
Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Aku Sanggup ketika ditemui ketika ditemui pada majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, Sufi turut mendedahkan bahawa dia tidak mahu lagi isu seperti ini dibiarkan berpanjangan.
“Yang penting kita kongsikan yang baik sahaja. Sama ada perkara itu betul atau tidak, apa yang diajar oleh agama kita adalah kongsi yang baik-baik sahaja. Janganlah cakap yang buruk-buruk.
“Apa yang boleh saya katakan, setakat ini alhamdulillah. Saya tidak akan cakap yang hubungan kami teruk, bergaduh atau tidak bergaduh tetapi cukuplah sekadar alhamdulillah.
“Alhamdulillah itu maksudnya setiap hari masih ada senyuman di muka. Yang penting saya minta doa dari semua orang.
“Doa yang baik-baik sahaja. Semoga hubungan saya bukan sahaja dengan keluarga tetapi dengan peminat dan sesiapa sahaja juga baik. Itu yang penting,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...