Tular di laman sosial, sebuah program televisyen di Jepun yang difahamkan menemubual seorang penyanyi terkenal Gackt yang kini berada di Kuala Lumpur menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan.
Menerusi rancangan terbabit, hos terbabit menyatakan lebih 3000 kes dilaporkan dengan lebih 60 kematian dicatatkan.
Tambahnya lagi, Malaysia melaksanakan perintah ‘lockdown’ dengan semua aktiviti keagamaan, sukan dan kebudayaan dihentikan. Malah denda yang dikenakan amat ketat.
Jelas Gackt, walaupun PKP telah berlangsung selama tiga minggu, namun tiada sebarang kekacauan berlaku. Malah jelasnya, hanya seorang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan atau untuk ke hospital.
Pada masa sama, pasaraya dan farmasi, pintu masuk akan menghadkan hanya beberapa pelanggan untuk masuk membeli barangan.
Ads
Tegasnya, tindakan yang diambil mampu mengawal penyebaran penyakit. Malah had perjalanan sejauh 10 kilometer juga membantu mengawal penularan wabak.
Hos tersebut turut memuji tahap kesedaran rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan menangani wabak.
Malah dia meminta pandangan jujur penyanyi itu bagaimana persepsi rakyat Malaysia terhadap situasi yang berlaki di Jepun.
Ads
Agak ragu-ragu dalam menyatakan pendirian, namun jelasnya cara Jepun menangani wabak sebagai sangat gila. Ulas Gackt, Jepun mengambil mudah akan wabak ini seperti yang berlaku di Itali dan New York sehinggakan ia semakin tidak terkawal.
Ujarnya jika berterusan, keadaan negara akan bertambah teruk.
Tambah hos berkenaan, Jepun hanya mengeluarkan perintah kecemasan kepada tujuh wilayah, namun tidak dapat dipastikan keberkesanan terhadap wabak tersebut. Malah, dalam pada itu dia turut mengulas jumlah bantuan besar yang diterima rakyat Malaysia dan industri secara keseluruhannya.
Ads
Katanya meski selepas dibahagikan kepada setiap rakyat, bantuan yang diterima agak kecil, namun tiada sebarang rusuhan yang berlaku. Tegasnya, inilah nilai murni yang harus dipelajari Jepun.
Kes positif baharu COVID-19 sejak beberapa hari lalu menunjukkan penurunan memberangsangkan dengan jumlah sembuh juga mengatasi kes baharu, sekaligus memberi harapan cerah untuk negara beransur bebas dari wabak berkenaan.
Sumber : Youtube Chopie Cakap
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokal dan kemerduan suaranya tidak dapat dinafikan lagi kerana sememangnya Zamani Slam merupakan penyanyi lagenda dalam industri muzik tempatan.
Terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang, Syair Si Pari-Pari,Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin pastinya bait-bait lagu tersebut masih segar dalam ingatan masyarakat sehingga hari ini.
Jadi jom, MH belanja trivia mengenai si penyanyi lagenda, Zamani!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous Rusia, Ekaterina Karaglanova, 24 ditemukan mati ditikam di kediamannya di Moscow.
Lebih tragis, mayatnya diletakkan di dalam beg jinjit dengan kesan tikaman bertubi-tubi di bahagian leher.
Keluarga Ekaterina dilapor telah membuat laporan polis selepas wanita berkenaan tidak dapat dihubungi beberapa hari.
Mereka kemudian menghubungi tuan rumah sewa untuk meminta akses ke masuk dan menemui sebuah beg yang mengandungi mayat wanita malang ini.
Menurut pihak polis, pembunuhan mungkin bermotifkan cemburu.
Wanita yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan bakal bergelar doktor dalam bidang dermatologi. Ekaterina juga memiliki lebih 100,000 pengikut di laman Instagram dan sering berkongsi isu kecantikan dan percutian.
Dia baru sahaja meraikan sambutan hari lahir pada 30 Julai lalu dan merancang bercuti ke Netherland bersama teman lelaki.
Foto : BBC & Instagram Ekaterina Karaglanova
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagu ‘Ala Joget Raya’ yang menampilkan Razak A’ai, Khaleesi dan Mortal Rhyme bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi sebuah usaha untuk menghidupkan semula elemen...