Selebriti Terkenal Jepun, Gackt Puji Cara Malaysia Tangani Pandemik Covid-19

Share

Tular di laman sosial, sebuah program televisyen di Jepun yang difahamkan menemubual seorang penyanyi terkenal Gackt yang kini berada di Kuala Lumpur menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan.

Menerusi rancangan terbabit, hos terbabit menyatakan lebih 3000 kes dilaporkan dengan lebih 60 kematian dicatatkan.

Tambahnya lagi, Malaysia melaksanakan perintah ‘lockdown’ dengan semua aktiviti keagamaan, sukan dan kebudayaan dihentikan. Malah denda yang dikenakan amat ketat.

Jelas Gackt, walaupun PKP telah berlangsung selama tiga minggu, namun tiada sebarang kekacauan berlaku. Malah jelasnya, hanya seorang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan atau untuk ke hospital.

Pada masa sama, pasaraya dan farmasi, pintu masuk akan menghadkan hanya beberapa pelanggan untuk masuk membeli barangan.

Tegasnya, tindakan yang diambil mampu mengawal penyebaran penyakit. Malah had perjalanan sejauh 10 kilometer juga membantu mengawal penularan wabak.

Hos tersebut turut memuji tahap kesedaran rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan menangani wabak.

Malah dia meminta pandangan jujur penyanyi itu bagaimana persepsi rakyat Malaysia terhadap situasi yang berlaki di Jepun.

Agak ragu-ragu dalam menyatakan pendirian, namun jelasnya cara Jepun menangani wabak sebagai sangat gila. Ulas Gackt, Jepun mengambil mudah akan wabak ini seperti yang berlaku di Itali dan New York sehinggakan ia semakin tidak terkawal.

Ujarnya jika berterusan, keadaan negara akan bertambah teruk.

Tambah hos berkenaan, Jepun hanya mengeluarkan perintah kecemasan kepada tujuh wilayah, namun tidak dapat dipastikan keberkesanan terhadap wabak tersebut. Malah, dalam pada itu dia turut mengulas jumlah bantuan besar yang diterima rakyat Malaysia dan industri secara keseluruhannya.

Katanya meski selepas dibahagikan kepada setiap rakyat, bantuan yang diterima agak kecil, namun tiada sebarang rusuhan yang berlaku. Tegasnya, inilah nilai murni yang harus dipelajari Jepun.

Kes positif baharu COVID-19 sejak beberapa hari lalu menunjukkan penurunan memberangsangkan dengan jumlah sembuh juga mengatasi kes baharu, sekaligus memberi harapan cerah untuk negara beransur bebas dari wabak berkenaan.

Sumber : Youtube Chopie Cakap

Published by
Noraini Abd Wahab