“Selebriti Turut Menggayakan…,” – Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Percutian, Eksklusif Tapi Harga Mampu Milik

Share

Rizman Ruzaini di bawah kelolaan dua pereka fesyen iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil sekali lagi muncul dengan koleksi terbaharu mereka.

Kali ini, RR Cruise memenuhi kalender koleksi keluaran jenama fesyen ini untuk kali kedua dan terbaharu, Pengarah Kreatif RR, Yana Baharudin menjadi tulang belakang utama dalam cetusan idea koleksi berkenaan.

Mengenengahkan warna-warna yang berani dan menyerlah, RR Cruise tahun ini bakal mencipta fenomena tersendiri.

“RR Cruise adalah koleksi wajib yang akan terus kami lancarkan bersempena dengan musim percutian.

“Pada pengamatan saya, menjadi satu kebiasaan apabila kita keluar bercuti terutamanya ke lokasi kepulauan atau pantai, kita berkehendakkan baju serta aksesori fesyen yang menarik selain selesa.

“Koleksi RR Cruise adalah jawapan kepada semua itu. Kami mahu peminat jenama RR muncul berbeza dalam khalayak, justeru dengan penggunaan warna yang lebih berani serta rekaan yang segar, RR Cruise wajar menjadi helaian pilihan anda ketika bercuti.

“Jika dilihat pada hari ini, kami turut menjemput ramai selebriti yang tidak hanya hadir sebagai tetamu, malah turut menggayakan koleksi RR Cruise.

“Ini secara tidak langsung dapat memberi idea dan keberanian kepada peminat jenama RR sendiri untuk mencuba koleksi ini yang kelihatan lebih bold dan menyerlah,” kata Rizman.

Sama seperti koleksi RR yang lain, Ruzaini pula menjelaskan adalah menjadi fokus utama mereka dalam menyediakan rekaan yang menarik dan mampu milik.

“Seperti yang kita tahu, RR adalah jenama fesyen yang cuba kami tampilkan sebagai koleksi lengkap.

“Bermakna di bawah RR bukan hanya ada pakaian sahaja tetapi turut dilengkapi aksesori fesyen lain termasuk tudung, beg tangan dan pelbagai lagi.

“Ini dapat menyakinkan mereka di luar sana untuk terus memilih RR sebagai satu jenama yang unggul dengan kualiti dan rekaan yang sentiasa relevan.

“Elemen inilah yang menjadi teras di RR, di samping menawarkan harga yang bagi saya berpatutan dengan apa yang kami tawarkan sebagai jenama fesyen lokal yang eksklusif,” tambahnya.

Sementara itu, pembukaan  Butik RR Flagship Store di Four Seasons Place, Kuala Lumpur juga bakal merancakkan lagi jualan produk RR untuk pembelian secara langsung meski secara dalam talian masih difokuskan.

“Semua produk RR termasuk koleksi RR Cruise akan dijual melalui rizmanruzaini.my. Lebih mudah untuk mereka yang suka membeli-belah secara atas talian.

Sebelum ini juga terutamanya sewaktu pandemik medium ini menjadi nadi utama perniagaan RR.

“Bagaimanpun, kami sentiasa mendengar dan akan membuat pembaharuan dalam urusan perniagaan demi memberikan keselesaan kepada pelanggan.

“Justeru, RR Flagship Store adalah jawapan kepada mereka yang lebih cenderung kepada butik fizikal. Paling penting di RR, kami akan akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tidak kira secara atas talian mahupun di butik,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH