Uncategorized

Selena Gomez Kembali Kepada Justin Bieber

Share

Nampaknya percintaan yang dibina penyanyi Selena Gomez dan pasangannya The Weeknd yang hampir 10 bulan putus ditengah jalan apabila Selena kembali kepada pangkuan bekas teman lelakinya, Justin Bieber.

Menurut laporan Hollywood Life, The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye kecewa apabila Selena dilaporkan sudah kembali berdamai dengan bekas kekasih itu.

Minggu lalu, Selena dilihat bersama Justin di beberapa lokasi sekitar Beverly Hills. Pertemuan itu menyebabkan The Weeknd mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Selena.

Disebabkan itu, Justin Bieber dituduh menjadi punca perpisahan pasangan romantis itu.

Selain Justin, antara faktor lain perpisahan pasangan itu adalah kekangan masa dan kesibukan dengan kerjaya masing-masing.

The Weeknd dikatakan terlalu sibuk dengan konsert jelajah dunianya sehingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap Selena.

Bagaimanapun, sumber mendedahkan keluarga Selena tidak begitu gembira mengenai perkhabaran dia kembali bersama Justin.

Selena juga memutuskan untuk memaafkan bekas ‘cinta pandang pertamanya’ selepas Justin sendiri menelefon ibu Selena untuk mengetahui khabar terkini berkenaan bekas teman wanitanya berhubung pembedahan pemindahan buah pinggang yang dihadapi Selena beberapa bulan yang lalu. 

Terdahulu,  Bieber dilihat ‘kantoi’ mengunjungi rumah Selena dan kelibat keretanya telah dirakam oleh paparazi.

Hubungan cinta Justin Bieber dan Selena Gomez berakhir pada tahun 2014, tetapi mereka kini dikatakan mereka menyambung hubungan cinta yang lalu.

Published by
Wani Arifin