Pelakon Puteri Aishah memanjat rasa syukur apabila dia disahkan negatif COVID-19, hari ini.

Perkara itu dikongsi bintang filem Pulang itu menerusi Instagram dan satu video pendek yang dimuat naik.

Selepas 11 hari menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB), Puteri Aishah menerusi video pendek yang dikongsi turut memberitahu dia sudah dibenarkan pulang.

“Allahu Akbar! Bila nurse Kak Zue cakap result Puteri NEGATIVE!! Puteri terus shaking satu badan rasa syukur happy sgt!

Ads

“Alhamdulillah Ya Allah, bersyukurnya! Lepas 11 hari dalam ward, di Hospital Sg Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dlm tghhari tadi nurse kata Puteri negative! U are free from covid

“Saya berjaya lawan covid! Alhamdulillah Syukur!,” tulisnya pula menerusi ruangan kapsyen.

Peserta Dewi Remaja sezaman Mawar Rashid dan Raysha Rizrose ini juga turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan.

Ads

“Terima kasih semua sbb doakan Puteri dan terima kasih yg teramat sgt kepada semua nurse dan doctor yg jaga puteri, rawat puteri selama di sini. I appreciate it lot! THANK YOU!,” ucap Puteri.

Ads

Terdahulu, dia disahkan positif COVID-19, oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagramnya pada Selasa. 

Puteri Aishah sebelum ini menjalani penggambaran drama bersiri di Inverness, Scotland.

Foto: Instagram Puteri Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI