Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Mak Cun 4, penyanyi terkenal Ziana Zain merakamkan rasa terharu dan bersyukur kerana meski terlibat di dalam kemelut melibatkan rumah tangga, namun rezekinya dalam seni masih ada dan tidak putus-putus.

Bagaimanapun, kata Ziana, dia tidak boleh mengambil mana-mana tawaran lakonan yang mempunyai jadual penggambaran tidak menentu.

“Kalau dalam empat lima hari, saya okay sahaja. Kalau lebih daripada tu mungkin kena pertimbangkan balik memandangkan saya pun ada anak-anak yang masih bersekolah. Ya, mereka sudah besar tetapi keperluann mereka kena dijaga juga.

 

“Apa pun, saya bersyukur kerana sejak hujung tahun lalu tawaran lakonan dan nyanyian yang datang tidak putus-putus. Inilah yang dinamakan rezeki dan terima kasih atas kepercayaan semua pihak,” katanya kepada MH. 

Selepas 17 Tahun, Ziana Zain Mahu Lancar Album Baru & Bakal Reunion Dengan Awie, Erra Dalam Sembilu Raya?

Mengharapkan yang terbaik di dalam hidupnya, penyanyi Kemelut Di Muara Kasih dan Setiaku Di Sini ini juga mengakui ada menerima tawaran lakonan daripada sifunya, Datuk Yusof Haslam. Tawaran yang diberikan adalah menerusi projek khas, Sembilu Raya yang bakal ditayangkan raya ini.

Ads

“Dalam Mak Cun, saya pegang watak mak andam yang suka ‘membawang’ dan Datuk Yusof pun ada tawarkan saya untuk berlakon dalam drama Sembilu Raya. Masih lagi memikirkannya sebab saya ni tak tahulah masih boleh hafal skrip yang panjang-panjang atau tidak,” jelasnya dalam nada seloroh.

Bagaimanapun, Ziana menyambut baik tawaran yang berikan, apatah lagi ia seakan bayangan kepada reunion pelakon Sembilu versi asal.

“Difahamkan, Awie dan Erra dah pun setuju. Cuma saya sahaja yang masih belum berikan keputusan. Kira macam drama itu nanti, kami akan bersatu kembali. Tetap pegang watak Ziana, tetapi yang sudah pun bertudung,” kongsinya.

Selepas 17 Tahun, Ziana Zain Mahu Lancar Album Baru & Bakal Reunion Dengan Awie, Erra Dalam Sembilu Raya?

Ads

Pada masa sama, Ziana juga ada memberitahu selepas 17 tahun, dia memasang impian untuk muncul dengan album baru. Jelasnya, setakat ini dia sudah pun mempunyai lapan buah lagu baru yang hanya menantikan masa sesuai untuk memasuki studio rakaman.

Ads

“Dah ada dalam tujuh atau lapan lagu dalam simpanan. Ada balada dan pop. Malah komposernya juga terdiri daripada orang baru dan lama. InsyaAllah album tersebut akan diterbitkan Ziana Zain Network.

 

“Cuma kita akan cari label muzik berminat untuk edarkannya nanti,” terang Ziana yang kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2001, menerusi Aku Cintakan Mu.

Foto & Video : Instagram Ziana Zain

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI