Perkongsian foto di Instagram daripada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura tengah malam tadi mengundang perhatian netizen.
Selepas kira-kira dua bulan bergelar ibu dan bapa, Fattah dan Fazura akhirnya berkongsi foto anak pertama, Nur Fatima Aisya kepada peminat.
Foto keluarga tersebut dimuat naik mereka menerusi akaun Instagram masing-masing tepat jam 12 tengah malam tadi.
Tampil mengenakan persalinan dalam rona sedondon, Fatima dirakam sedang didukung Fazura dan bersempena dengan sambutan tahun baru, keduanya turut memberi dedikasi sama buat peminat.
View this post on Instagram
“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.
Terdahulu pada 2 Oktober lalu, bintang Pisau Cukur itu selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut di Instagram Fazura, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama memberikan ucapan selamat tahun baru selain memuji kecomelan wajah permata hati pasangan terbabit.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI