Wow, pantas!
Bekas suami Jennifer Lopez, Marc Anthony baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Nadia Ferreira, seorang ratu cantik asal Paraguay pada 28 Januari lalu dalam sebuah majlis yang cukup gemilang.
Kini tiba pula berita yang menggembirakan, Nadia dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya berkongsi bahawa dia dan Marc bakal menimang cahaya mata kelak.
Dalam gambar tersebut dapat dilihat Marc meletakkan tangannya ke atas perut Nadia yang dilihat semakin membesar. Bersama dengan gambar tersebut, tertulis kapsyen, “Hadiah Valentine’s terbaik! Terima kasih tuhan untuk anugerah terbesar dalam hidup kami.”
Jika anak ini lahir kelak dia bakal menjadi zuriat ketujuh Marc. Sebelum ini perhubungannya yang dahulu, penyanyi terkenal ini sudah memiliki enam cahaya mata.
Hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Dayanara Torres dia memiliki dua cahaya mata iaitu Cristian Muniz dan Ryan Muniz, manakala dengan isteri keduanya, Jennifer Lopez dia memiliki sepasang kembanr yang dikenali sebagai Max dan Emme.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Suami Jennifer Lopez Pilih Naib Juara Miss Universe 2021 Sebagai Isteri. Beza Umur 31 Tahun
Sebelum itu, dia sudah pun memiliki dua cahaya mata yang dikenali sebagai Ariana Muniz dan Chase Muniz bersama bekas kekasih, Debbie Rosado.
Ariana dan Chase masing-masing berusia 29 dan 28 tahun. Ini menjadikan mereka lebih tua berbanding ibu tiri mereka kini Nadia yang baru sahaja berusia 24 tahun!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan