Selepas 2 Minggu Tidak Bekerja, Ali Puteh Kini Bangkit… “Insyaallah Doa Yang Baik-Baik.”

Share

Selepas beberapa minggu dibelenggu kesedihan atas pemergian insan tersayang, pelawak Ali Puteh kini bangkit meneruskan kariernya sebagai anak seni di pentas teater.

Sebuah teater arahan Khir Rahman bertajuk Korupsi Dewan Semandung akan dipentaskan di Istana Budaya 28,29 Februari dan 1 Mac depan.

“Alhamdulillah harini sy start keje Hari pertama selepas 2mggu lebih xkeje, insyaallah doa YG baik2 yer,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan, Ali bersama ahli kumpulan Puteh yang turut dianggotai Mamak dan Man sama-sama menjayakan teater tersebut.

Teater bergenre komedi seram itu turut dibarisi pelawak hebat antaranya Joey Daud, Vicha, Tauke, Syarif Zero dan ramai lagi.

Tiket boleh didapati dari hariga RM58 hingga RM258.

Foto : Instagram Ali Puteh, Teater Korupsi Dewan Semandung

Published by
Amynur Akmal