Selepas 22 hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Ika Nabella akhirnya mengumumkan nama penuh dan wajah anaknya itu.
Ika dan suami, Muhammad Zaid sepakat memilih nama Muhammad Noah Zayn juga telah mengadakan tahnik yang disempurnakan pencerama bebas, Al Habib Ali Zaenal Abidin dan beberapa ustaz lain.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan pada hari ketujuh selepas Noah dilahirkan.
“Alhamdulillah rezeki anak soleh, Muhammad Noah Zayn Bin Muhammad Zaid @muhammadnoahzayn ditahnik Al Habib Ali Zaenal Abidin,Ustaz Haji Muadzeen, para ustaz, Aki & Atok pada hari ke-7 kelahiran.
“Semoga anak Mommy & Ayah @zaidbowie
Malah, pelakon itu juga varu sahaja mencipta akaun Instagram anaknya dengan menggunakan nama, @ Muhammad Noah Zayn.
Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang dilahirkan pada 23 Oktober lalu.
Foto : Instagram Ika Nabella