Selepas 25 hidup bersama, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mengesahkan mereka kini sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya itu, Christina menyatakan mereka sudah bercerai pada April lalu dan pengumuman itu dibuat sebaik sahaja tempoh idahnya berakhir.
“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum menyambut ulang tahun ke-25 perkahwinan kami, saya dan Afdlin membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu.
“Keputusan dibuat agak pantas, mungkin kerana tidak dapat dielakkan.
“Kami menghebahkan perkara ini sekarang sebagai menghormati proses idah tiga bulan yang sudah berakhir,” tulis Christina.
Dalam kenyataan yang dibuat itu juga, Christina berkata kebahagian mereka diuji ketika pandemik Covid-19 yang mencetuskan salah sekali gus menjadi punca keretakan rumah tangga.
“Sebenarnya, kehidupan kami berjalan dengan sempurna, melihat anak-anak membesar serta kami berganding bahu membangunkan syarikat bersama-sama.
“Namun, perpisahan mula berlaku secara berperingkat apabila kami mula membuat keputusan secara sendiri.
Ads
“Ketika pandemik Covid-19 melanda, kehidupan saya dan Afdlin mula berubah, seakan berlaku salah faham. Meski kami cuba untuk mendapatkan kembali kehidupan seperti dulu, namun ia tidak berjaya apabila masing-masing mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri,” tulis Christina lagi.
Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, Christina dan Afdlin akan terus saling menyokong di antara satu sama lain.
“Kami capai persetujuan bila berpisah, ia tidak perlu menjadi satu penamat yang menyedihkan. Sebaliknya, kami akan terus menyokong satu sama lain sebagai seorang sahabat.
Ads
“Kami mengharapkan privasi anak-anak kami dihormati dan semoga semua selamat, sihat dan bahagia,” tulisnya lagi.
Christina dan Afdlina berkahwin pada 1997 dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Anak sulung mereka, Mia Sara turut berkecimpung dalam bidang lakonan mewarisi bakat seni bapanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai selebriti, ada kalanya mereka tidak sedar peranan yang mereka mainkan sedikit sebanyak telah menjadi inspirasi dalam kehidupan orang lain.
Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon, Diana Danielle selepas mengetahui ada pasangan yang ingin menamakan anak mereka sempena dengan namanya.
Jelas individu berkenaan, nama tersebut telah diberikan kepada adiknya yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari lepas.
Katanya lagi, keputusan tersebut dibuat oleh bapanya kerana terlalu meminati dengan lakonan Diana.
“Assalamualaikum Kak Diana, harap sihat sentiasa. Saya tak tahu kakak akan baca atau tak. Saya nak bagi tahu, semalam adik saya baru sahaja dilahirkan. It’s baby girl.
“Ayah saya minat sangat dekat kakak. So dia bagi nama adik saya Nur Dianan Danielle sempena nama kakak. Thank you for give inspiration in your acting career. Semoga urusan kakak dan family dipermudahkan,” tulisnya individu berkenaan.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Farid Kamil ini menerusi ruangan Instagram stories.
Akui berasa sangat tersentuh, Diana berharap agar bayi perempuan tersebut akan membesar menjadi anak yang solehah dan berguna buat keluarga.
“Comelnya! Akak terharu. Semoga adik membesar jadi anak solehah, penyejuk hati ibu ayah dan berjasa kepada family dan agama,” balasnya.
Sumber: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan daripada kejadian pengasuh Abby Abadi yang hilang tanpa khabar berita sejak semalam, bekas anggota Elita ini akhirnya memaklumkan pengasuhnya kini sudah ditemui.
Malah, Abby turut mengesahkan berita kemalangan yang diterima adalah sahih.
Bagaimanapun, keadaannya tidak serius sehingga memerlukan imbasan X-ray.
Malah, Abby turut menjelaskan telefon bimbit kepunyaan pengasuh yang dikenali sebagai Azieah turut hilang.
“Azieah ohhhhhh Azieah. Ye betul Azieah accident, tak tahu la kelmarin ke semalam, cuma taklah teruk sampai kena xtray bagai.
“Dia masih di kampungnya, nk berehat dulu katanya.
“Hp dia hilang, jadi maknanya org lain yg balas msg sy semalam,” tulis Abby dan menyertakan bersama foto Azieah.
Foto tersebut turut merakamkan beberapa bahagian badan Azieah mengalami luka kecil.
Mendapat pelbagai komen netizen sebelum ini, bintang Gerak Khas itu memohon agar semua pihak berhenti membuat spekulasi.
Sebaiknya, mendoakan agar pengasuhnya segera sembuh.
“Dia kata dia malu baca komen org tulis mcm2 pasal dia. Dia bukan mcm tu. Jadi korang baik minta maaf. Dosa bersangka2 tau.
“Kiranya selesai kes ini ye. Minta berhenti berspekulasi. Doakan Azieah cepat sembuh dan baik2 saja ye.
“Ps: Fi Hifzillah Azieah,” maklumnya menerusi Instagram.
Antara cinta atau ibu bapa, dilema yang sering melanda golongan muda.
Usahawan kosmetik yang turut dikenali di kalangan selebriti, Anas Zahrin menerusi Instagram mengemukakan persoalan sama.
“Pernah tak kita terfikir perasaan ibu bapa yang hantar kita belajar ke menara gading sana.
Yang bersusah mencari duit agar anak anak dapat belajar dengan sempurna akhirnya beberapa bulan lepas tamat belajar terus mendirikan rumah tangga dan sebagainya.
“Kalau lepas mendirikan rumah tapi tetap ingin membalas jasa masih tak mengapa tapi yang kawin terus senyap sepi. Apa pula cerita? Hurmm,” soalnya.
Malah, pengusaha kosmetik ini menegaskan pertanyaan bagaimana seharusnya jasa ibu bapa dibalas jika fokus sudah beralih kepada pasangan selepas berkahwin.
“Sudah cukuplah membalas jasa mereka? Harapan mereka supaya dapat bantu mereka?
“Kalau nak di kira taburan bintang di angkasa. Jika nak di hitung luasnya alam semesta.
“Takkan dapat dibanding dengan pengorbanan dan kasih sayang ibu dan ayah membesarkan kita.
“Persoalan ni selalu bermain di fikiran semua. Awak rasa bagaimana?
“Ada satu ayat makcik makcik onion “alah buat apa belajar tinggi tinggi, lepas tu kawin terus tak jadi apa” – boleh awak semua bincangkan tak? #BujangManisManis,” tulisnya lagi.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...